Hasan Karim bidas PH, Jangan ‘campak’ Anwar hanya kerana gagal jadi PM

Hasan Karim bidas PH, Jangan ‘campak’ Anwar hanya kerana gagal jadi PM. Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya ‘mencampak’ Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas gagal dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan

Hassan Karim berkata, khidmat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih diperlukan PH terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Pengerusi PKR Johor itu berkata, desakan supaya Anwar meletak jawatan dan memilih orang lain untuk memimpin PH tidak wajar hanya kerana beliau kalah dalam persaingan menjadi Perdana Menteri.

“Ini semua ‘nonsense’. Cakap-cakap seperti itu datang dari ‘deep state’ iaitu musuh PH yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar. Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tuntutan kluster mahkamah daripada UMNO.

“Anwar tidak berkompromi. ‘Rule of law’ atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Mahkamah tidak boleh diganggu. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap dan pendirian tegas Anwar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, Anwar tetap mempertahankan idealisme reformasinya yang diketuainya lebih 23 tahun lalu dan bukan jawatan atau keberahian kuasa Perdana Menteri.

Katanya, Anwar memilih kepentingan rakyat dan negara pada jangka panjang bukannya kepentingan peribadi untuk jangka pendek.

“Saya bukan macai Anwar Ibrahim. Saya pengkritik lantang Anwar dalam dan luar parti, secara terbuka atau secara secara peribadi. Kalau tak percaya, boleh tanya Anwar sendiri. Banyak insiden saya menentangnya,” katanya.

Hasan Karim bidas PH, Jangan ‘campak’ Anwar hanya kerana gagal jadi PM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik

Jangan sampai munafik bila terlalu ghairah politik

Related Articles

One Comment

  1. Masalahnya gagal nak jadi PM bukan setakat sekali, dah berkali-kali disertakan pula dengan sidang media yang membuktikan pernyataan tidak benar. Ini adalah bukti tahap intergriti beliau sebagai pemimpin yang sudah tentu akan mempengaruhi para pengundi nanti. Adakah PH kekurangan pemimpin? Carilah pengganti yang dapat mengembali kepercayaan pengundi untuk menyokong PH. Akta lompat parti boleh digubal tetapi adakah ia merangkumi ahli hilang kepercayaan atau keluar parti? Isu ini tidak akan berakhir selagi tiada parti yang mempunyai gabungan yang kukuh dan mantap.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker