Resepi kari udang bendi padu
Resepi kari udang bendi padu
Jom cuba resepi kari udang bersama bendi yang padu dan sedap. Kalau masak lauk ini, dijamin suami makan bertambah tak toleh belakang dah, anak-anak pun makan berselera! Ibu-ibu pun mesti seronok satu keluarga suka dengan lauk yang dimasak. Jom lihat resepi lengkap di
Cara Masak Kari Udang Bersama Bendi. Serius Power, Padu & Sedap!
Bahan-bahan:
Bendi 10-12 batang Bendi
Udang 300 gram(bersaiz sederhana)
Daun kari 2 batang
Serbuk Kari ikan 3 sudu besar
Tomato 1 biji(dibelah 4)
Bawang besar ½ biji (dihiris)
Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
Halia 2 cm(ditumbuk)
Cili merah 1 batang
Cili hijau 1 batang
Air asam jawa 2 sudu besar
Air 300-400 liter
Santan ½ kotak kecil
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak
P/S: Rempah Kari dibancuh dengan air. Jadikan sebagai pes.
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit keperangan.
Masukkan daun kari dan bawang merah. Masak sehingga keperangan.
Masukkan rempah kari. Masak sehingga pecah minyak (perlahankan api dan masak rempah dengan betul).
Apabila rempah sudah masak, masukkan asam jawa dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
Masukkan udang. Biarkan udang masak seketika.
Masukkan santan yang telah dibancuh dengan air, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Masukkan bendi, tomato, cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh dan masak.
Apabila sudah masak, tutup api dan taburkan daun ketumbar jika suka.
Selamat mencuba!
Resepi oleh Nurul Ateekah
Resepi kari udang bendi padu
Baca Artikel Menarik :
- Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip
- Cikgu tolak vaksin, tak bodoh macam kebanyakan – Suhaimi
- Bunyi tembakan dalam PKR?
- Suami di luar negara, isteri ditangkap basah di kampung
- Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?
- Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu
- Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak
- Remy Ishak mohon maaf
- Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM
- Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas
- Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.