Pembangkang gagal bersikap seperti pembangkang

Pembangkang gagal bersikap seperti pembangkang

Masalah utama Pakatan Harapan (PH) adalah mereka gagal menunjukkan mereka sebagai satu pilihan alternatif yang lebih baik, kata penganalisis politik berikutan kegagalan terbaharu gabungan itu untuk kembali berkuasa.

Wong Chin Huat berkata pakatan pembangkang sering terperangkap dengan dakwaan Anwar Ibrahim atau Shafie Apdal bahawa mereka “mempunyai angka” walaupun Umno atau Gabungan Parti Sarawak tidak menyokong salah satu daripada mereka untuk menjadi perdana menteri.



Katanya, ramai penyokong pembangkang cenderung mempercayai “cerita dongeng” yang dinyatakan pemimpin pembangkang kerana mereka takut PH tidak dapat memenangi pilihan raya umum akan datang dan mesti merebut kembali kerajaan bagi menikmati kelebihan sebagai penyandang jawatan dan meningkatkan peluang mereka.

“Adalah tragis apabila ramai pemimpin pembangkang masih ‘berusaha’ untuk mengembalikan mandat yang mereka terima pada PRU14 ketika kita sudah hampir dengan PRU15,” kata beliau.

Wong berkata, PH telah membazirkan 17 bulan ketika pemerintahan Muhyiddin Yassin, dengan gagal menonjolkan diri sebagai kerajaan penantian walaupun memiliki ramai Ahli Parlimen yang berfikiran sebagai pembuat dasar, termasuk bekas menteri dan timbalan menteri.

Beliau menambah, negeri yang dikuasai PH dapat menunjukkan bagaimana mereka menangani wabak dengan lebih baik, terutama di Selangor yang memiliki sumber untuk melakukannya walaupun terdapat kekangan struktur daripada peringkat pusat.



“Ketika pesakit Covid-19 dibiarkan tidur di kerusi atau lantai di hospital kerajaan di Selangor, itu bukan hanya kegagalan kerajaan pusat, tetapi juga kurangnya imaginasi dan usaha kerajaan negeri untuk menonjolkan diri sebagai satu alternatif.

“Adakah Selangor tidak mempunyai wang untuk membangunkan beberapa hospital modular dan melantik doktor dan jururawat tambahan untuk menangani isu pesakit yang ramai?” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saranan untuk Jemaah Menteri bayangan diabaikan

Beliau berkata, tuntutan masyarakat dan kritikan terhadap PH untuk mereka mewujudkan barisan Jemaah Menteri bayangan diketepikan dengan pelbagai alasan.

Wong berkata, pimpinan pakatan pembangkang sepatutnya tidak dilihat sebagai “hak eksklusif” Anwar atau Shafie.

Tetapi buat masa ini, cabaran kepimpinan dapat diselesaikan dengan baik oleh Anwar dan Shafie yang berusaha mengatur barisan Jemaah Menteri bayangan masing-masing, dan meminta semua Ahli Parlimen memilih pasukan terbaik.



“Oleh kerana kedua-dua barisan itu mungkin melibatkan ramai Ahli Parlimen kanan dari semua parti, kewujudan pertindihan akan membuatkan kem pembangkang bersama selepas undian dilakukan,” tambah beliau.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata, PH akan bergelut mendapatkan sokongan Malayu-Bumiputera selagi DAP berada dalam pakatan pembangkang kerana parti itu dilihat lebih dominan.

“Saya tidak fikir PH dapat melakukan perubahan kepimpinan sekarang dengan PRU15 yang tidak lama lagi akan diadakan. Mengemukakan muka baharu semestinya membantu pakatan pembangkang.

“Tetapi saya rasa apa yang penting bagi DAP mempunyai kepelbagaian dalam tampuk pimpinan, sebaliknya ia akan menjadi sukar kepada PH untuk memenangi undi daripada Melayu dan Bumiputera,” katanya. FMT



Pembangkang gagal bersikap seperti pembangkang

Nabil akui ujian ini amat besar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker