Panggil penerima vaksin sebagai ‘lembu’ tindakan biadap!
Panggil penerima vaksin sebagai ‘lembu’ tindakan biadap! Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad dikecam ramai apabila seolah-olah menyokong tindakan 779 guru di Johor yang menolak menerima vaksin Covid-19.
Kata Suhaimi dalam media sosial Instagramnya, dia menghormati tindakan guru di negeri berkeaan yang tidak menuruti ‘peraturan bodoh’ iaitu menerima suntikan vaksinasi.
“Aku respek (hormati) 779 cikgu cikgu johor tu. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang (mereka),” tulisnya.
Tulisnya lagi, “Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu”.
Melalui posting di media sosialnya itu, bekas penyanyi anggota nasyid ini juga seolah-olah menggelarkan individu yang sudah mengambil vaksin sebagai lembu.
Kata seorang netizen, @NoorLaila Wati, tindakan Suhaimi itu seperti batu api kerana hasut orang tidak menerima vaksin.
“Kalau awak tak nak terima vaksin, jangan jadi batu api pada orang lain supaya tolak vaksin,” tulisnya.
“Suka hati sahaja panggil orang lain lembu, Kalau tak nak vaksin sudahlah tapi tak perlu panggil orang lembu,” tulis seorang lagi netizen.
Semalam Suhaimi telah memuat naik tangkap layar berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu bertemu dengan 779 guru menolak vaksin di Johor
Panggil penerima vaksin sebagai ‘lembu’ tindakan biadap!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip
- Cikgu tolak vaksin, tak bodoh macam kebanyakan – Suhaimi
- Bunyi tembakan dalam PKR?
- Suami di luar negara, isteri ditangkap basah di kampung
- Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?
- Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu
- Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak
- Remy Ishak mohon maaf
- Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM
- Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas
- Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU
Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik
You must be logged in to post a comment.