Dewan Perniagaan minta pembangkang terima tawaran kerajaan

Dewan Perniagaan minta pembangkang terima tawaran kerajaan

Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) berharap 105 Ahli Parlimen pembangkang akan mengambil pendekatan pragmatik dalam mempertimbang tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan baharu.

Dalam kenyataan bersama semalam, MCCC dan DPIM turut menekankan bahawa negara memerlukan kerjasama rentas parti bagi kelangsungan kerajaan untuk tempoh minimum 2-18 bulan dan seterusnya dapat memantapkan lagi kualiti penggubalan serta pelaksanaan dasar.

“Tanpa kestabilan politik dan tadbir urus lebih baik, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara-negara jiran dalam tempoh pasca pemulihan Covid-19 yang berkemungkinan besar menjejaskan kekukuhan ekonomi kita untuk sekurang-kurangnya satu generasi,” katanya.

Selain itu, MCCC dan DPIM berkata pendekatan kesepakatan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri dalam ucapan sulung beliau pada petang semalam, hanya dapat direalisasikan menerusi usaha pakatan rentas parti yang dapat menjamin kestabilan politik selain mempertingkat aspek tadbir urus.

Malah, mereka berpendapat ini dapat dicapai menerusi usaha pembaharuan Parlimen dan Majlis Persekutuan-Negeri bagi Pemulihan Ekonomi dan Kesihatan yang disertai kerajaan negeri, pembangkang, pakar dan pihak berkepentingan mewakili perniagaan dan masyarakat.

Pada masa sama, MCCC dan DPIM menggesa Ismail Sabri untuk meneruskan usaha bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mencapai persefahaman rentas parti bersama pembangkang dengan mengemukakan tawaran pakej yang lebih berani.

Kedua-dua dewan perniagaan itu juga menggesa penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang melibatkan pemantauan perundangan ke atas setiap kementerian selain membuka pelbagai saluran untuk mendengar pandangan kalangan perniagaan serta masyarakat.

“Tidak kurang pentingnya adalah mewujudkan Jawatankuasa Persekutuan-Negeri bagi Pemulihan Negara yang bertanggungjawab ke atas kesihatan awam dan pemulihan ekonomi yang harus melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pembangkang, pakar dan pihak berkepentingan dalam sektor swasta dan pelbagai dewan perniagaan negara untuk meningkatkan kualiti serta penyelarasan dasar berkaitan ekonomi dan pandemik.

“Penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan ketua pembangkang Parlimen selaku timbalan selain melibatkan kesemua 13 menteri besar/ketua menteri, akan turut memberi mesej jelas kepada pasaran bahawa kebuntuan politik ini sudah berakhir,” katanya. FMT

Dewan Perniagaan minta pembangkang terima tawaran kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker