Tawaran Ismail permulaan baik untuk Dewan Rakyat September ini

Tawaran Ismail permulaan baik untuk Dewan Rakyat September ini

Tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 adalah permulaan yang baik untuk meredakan ketegangan antara parti politik.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu mampu memberikan gambaran positif pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.



“Jemputan kepada pembangkang untuk bergabung dalam MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 adalah baik untuk persidangan yang pada bulan September.

“Saya berdoa semua pihak akan berdiri dan menjalankan perbincangan kerana ingin keluar dari krisis politik demi negara,” katanya dalam satu kenyataan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kerjasama melibatkan semua pihak adalah perlu dengan melupakan perbezaan antara parti politik demi kesejahteraan rakyat dalam memerangi Covid-19.

“Sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, saya menegaskan kebersamaan dengan kerajaan yang mengutamakan kebajikan dan muafakat rakyat ini.

“Semua pihak juga diseru bersatu kembali melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Justeru, saranan kerjasama rentas parti yang turut ditawarkan oleh beliau kepada parti pembangkang melalui MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, sangat wajar disahut oleh pembangkang,” katanya. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Tawaran Ismail permulaan baik untuk Dewan Rakyat September ini

Nabil akui ujian ini amat besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker