Frasa ‘Keluarga Malaysia’, rakyat sambut baik

Frasa ‘Keluarga Malaysia’, rakyat sambut baik. Warganet memberi reaksi bercampur-campur terhadap frasa “Keluarga Malaysia” yang digunakan Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Segelintir pengguna media sosial memberikan maklum balas positif terhadap frasa itu, dengan berkata semua orang perlu bersatu ketika ini, manakala yang lain tertanya-tanya jika rakyat akan menerima nasihatnya.

Terdahulu, Ismail menggesa semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama menyelamatkan “Keluarga Malaysia”, selain menggesa kesepakatan dan bergerak ke depan “dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima.”

Pengguna Twitter, @SimpletonED berkata, pendekatan “Keluarga Malaysia” Ismail itu dilihat inklusif dan diterima baik walaupun dalam keadaan berhati-hati.”

Seorang lagi pengguna @FadziliLim berkata, ramai yang menentang Ismail disebabkan hubungannya dengan Umno.

“Tetapi kita perlu berfikiran terbuka, beliau mungkin ialah pemimpin lebih baik.”

@BernardGT bertanya bagaimana rakyat patut menggelar Ismail.

“Atau kita patut panggil beliau ‘bapa’ keluarga Malaysia?”

@_zahirismail_ berkata, frasa “Keluarga Malaysia” serupa dengan yang digunakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berkata “orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun ialah anak-anak saya”.

Sementara itu, pengguna Twitter bernama Adieka Amirul berkata, Ismail bukan “bapanya”.

“Saya ialah warganegara anda dan saya ada hak menjatuhkan anda.”

Peguam Syahredzan Johan menyifatkan “tiada perkara baharu atau yang memberikan inspirasi” dalam ucapan sulung Ismail itu.

“Malah (frasa) Keluarga Malaysia sama dengan 1Malaysia Najib (Razak).”

@AzimShafinyi berkata, ketika menjadi pembangkang, Ismail mendakwa “Malaysia ditadbir DAP”.

“Jadi, adakah ini kenyataan politik?” soalnya.

Frasa ‘Keluarga Malaysia’, rakyat sambut baik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker