Masalah rakyat lebih penting dari fikir nama Kerajaan BN atau PN

Masalah rakyat lebih penting dari fikir nama Kerajaan BN atau PN. Kerajaan baharu diharap mengutamakan masalah rakyat yang masih bergelut dengan krisis kesihatan iaitu Covid-19 serta ekonomi, berbanding memikirkan soal nama kerajaan.

Hal itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar yang menyarankan semua pihak supaya memberikan tumpuan kepada perancangan penyelesaian masalah pandemik dan ekonomi yang dihadapi semua orang.

“Bagaimana kita hendak bangunkan semula ekonomi negara serta menarik pelabur-pelabur asing bagi melabur dalam negara kita. Bagi saya, itu lebih penting (berbanding soal nama kerajaan). Nama ini hanya nama cantik, muka cantik tetapi tak berkesan, apa maknanya.



“Lebih baik semua pihak tumpukan kepada perancangan, mesti memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah Covid-19 dan ekonomi. Saya hendak tegaskan, Covid-19 tak pilih orang, jadi ia musuh kita bersama. Maka kita, mesti bekerja sebagai satu pasukan untuk mengatasi masalah ini,” katanya di sini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu berkata demikian selepas beberapa pemimpin dalam parti itu seperti Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli MT, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengingatkan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai kerajaan campuran.

Mereka berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila memaklumkan partinya akan memberi sokongan kepada Kerajaan PN yang dipimpin Ismail Sabri.

Walau bagaimanapun, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang mengingatkan parti untuk membuktikan kemampuan menyelesaikan masalah rakyat apabila kembali menerajui kerajaan, walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



“Pada pandangan saya, ini adalah masa UMNO. Kena menunjukkan bukti bahawa kita boleh menyelesaikan masalah rakyat. Tak pernah berlaku lepas pilihan raya lalu kita tahu Pakatan Harapan (PH) memerintah 22 bulan, selepas itu sambung pula dengan PN.

“Kemudian, sekarang ini tukar lagi Perdana Menteri kepada UMNO pula. Jadi, kita harap rakyat boleh menilai lagi untuk menghadapi PRU-15, ada tiga parti ini semua sudah terlibat. Waktu PH bagaimana keadaan negara kita, Bersatu pula dan saya sebagai orang UMNO memang mengharapkan inilah masa untuk UMNO menunjukkan kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau menambah, UMNO perlu berhati-hati dalam mengendalikan risiko ketika menjadi kerajaan dalam keadaan negara dilanda pandemik supaya dapat meyakinkan rakyat dengan kepemimpinan parti terutama menjelang PRU-15 nanti.

Masalah rakyat lebih penting dari fikir nama Kerajaan BN atau PN




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ismail ajak pembangkang sertai MPN, JK Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker