UMNO yakin PM dapat bawa aspirasi rakyat

UMNO yakin PM dapat bawa aspirasi rakyat. UMNO yakin pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menterjemahkan hasrat parti itu untuk membawa aspirasi rakyat dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri juga diharap dapat memastikan kesejahteraan, kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Menurutnya, UMNO juga berharap kerajaan baharu akan berusaha memastikan kestabilan politik dapat dicapai bagi suatu tempoh munasabah sebelum memungkinkan diadakan Pilihan Raya Umum ke-15, untuk diserahkan kembali mandat mutlak kepada rakyat.



“Ini selaras dengan titah saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga mahu suatu permuafakatan dan kerjasama di kalangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dapat dilakukan dengan mengakhiri segala kemelut politik demi kepentingan rakyat dan negara.

“UMNO merakamkan penghargaan kepada semua ahli-ahli Parlimen yang telah memberikan kepercayaan kepada Ismail Sabri untuk diperkenankan pelantikannya oleh Yang di-Pertuan Agong selaku Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

UMNO yakin PM dapat bawa aspirasi rakyat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker