Ekspresi Wajah Khaby Lame Melucukan Dengan Pengikut TikTok Cecah 100juta [VIDEO]

Ekspresi Wajah Khaby Lame Melucukan Dengan Pengikut TikTok Cecah 100juta [VIDEO]

PEMILIK nama Khaby Lame cukup terkenal dalam kalangan pengguna media sosial hanya disebabkan reaksi wajah dan sikap humornya ketika membuat sesuatu video.

Maka tidak hairan, baru-baru ini, Khaby mencipta sejarah sebagai individu kedua dengan pengikut terbanyak di TikTok iaitu 100 juta dibelakang Charli D’Amelio yang juga seorang penari dari Amerika Syarikat dengan 120.3 juta pengikut.

Jumlah pengikut itu berjaya dibuat hanya dalam tempoh 17 bulan!

Tidak hanya mendapat perhatian di TikTok, pemuda berusia 21 tahun ini turut mempunyai 30 juta pengikut di Instagram.

Namanya menjadi terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia selepas tampil dengan pelbagai reaksi kepada pelbagai video yang menampilkan perkara sukar yang sebenarnya boleh dimudahkan.

Tidak hanya memberi tip memudahkan sesuatu perkara dengan gaya bersahaja namun reaksi wajahnya yang ‘selenga’ membuatkan penonton tertarik dengan sikap humornya.

Main TikTok selepas hilang kerja

Khaby yang berasal dari Senegal mula membuka akaun TikTok pada Mac tahun lalu hanya sekadar untuk menghilangkan rasa bosan selepas diberhentikan kerja akibat pandemik.

Namun dia yang menetap di Chivasso, Itali mula berjinak-jinak menghasilkan pelbagai video hanya menggunakan telefon bimbitnya dengan suntingan ringkas sebelum dimuat naik ke TikTok.

https://www.tiktok.com/@khaby.lame/video/6972918015830576390?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6891592316085601794

Khaby sendiri memberitahu dia langsung tidak menyangka video yang dihasilkan tular di seluruh dunia dan sejak itu dia mula mendapat jumlah pengikut yang ramai dan mula menghasilkan lebih banyak video.

Khaby mengakui perkara yang membuatkan penonton terhibur dengan video dihasilkan adalah kerana ekspresi wajahnya yang seolah-olah tiada perasaan.

Malah katanya, ekspresi itu sudah cukup membuatkan seseorang itu ketawa tanpa perlu memahami bahasa digunakan.

“Wajah dan ekspresi saya yang membuatkan orang ketawa,” katanya ketika ditemubual oleh The New York Times.

Apa lebih membuatkan dirinya menjadi perhatian, penghasilan videonya juga cukup sederhana dan tidak sukar difahami malah dia menjadi bukti produksi yang besar bukanlah satu-satunya cara untuk mendapat populariti dan pengikut.

“Apa yang saya miliki hari ini semuanya adalah secara semula jadi. Ia satu percubaan yang tidak disangka-sangka menjadi,” ujarnya.

Maka tidak hairan, pelbagai akaun lain kerap mengulang siar videonya untuk mendapatkan ‘engagement’ daripada pengguna laman sosial dan menggunakan popularitinya.

Pemain Juventus pernah muncul dalam video Khaby

Atas sebab itu juga, wajah Khaby dalam bentuk ‘meme’ tersebar luas di pelbagai media sosial seperti Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya – sekaligus membuatkan popularitinya semakin meluas.

Khaby juga pernah berkolaborasi dengan pemain kelab bola sepak terkenal, Juventus seperti Arthur Melo, Paulo Dybala dan Alessandro Del Piero yang muncul dalam videonya.

@khaby.lame

Very good students my brothers 😍🤲🏾 ahahah thanks for the Khaby Move#learnfromkhaby #imparacontiktok #stitch @psg

♬ suono originale – Khabane lame

Kewujudannya mendapat perhatian pemain kelab itu selepas Khaby yang juga peminat setia Juventus sering kali mengenakan jersi kelab itu dalam video dihasilkan.

Selain itu, Khaby juga cukup meminati pelakon Eddie Murphy dan Will Smith dan menganggap dua pelakon legenda itu sebagai sumber inspirasi terbesarnya.

Malah YouTubers seperti King Bach pun pernah menghubunginya untuk menghasilkan video selain mula menjana pendapatan menerusi Creator Fund TikTok dan berkolaborasi dengan pelbagai jenama terkenal di Itali.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg juga pernah meninggalkan komen tanda suka pada salah satu videonya di Instagram.

Malah The Publish Press menerusi penulisnya memberitahu rahsia kejayaan Khaby sebenarnya disebabkan dirinya sendiri selain konten yang dihasilkan bersifat universal dan bukan dibuat-buat.

“Dia menunjukkan keaslian dan siapa dirinya tanpa sebarang bantuan teknologi canggih dan ia sangat dihargai oleh penonton.

“Khaby tidak terlalu berusaha untuk memasarkan diri atau video dihasilkan tetapi kandungan yang disampaikan menceritakan segala-galanya,” katanya.

Masalah kewarganegaraan

Dikenali sebagai TikToker berasal dari Itali, secara teknikalnya Khaby tidak diakui sebagai rakyat negara itu disebabkan masalah kewarganegaraan meskipun dibesarkan di negara itu sejak berusia setahun.

Disebabkan masih memegang pasport Senegal, ia menyukarkan pemuda itu untuk ke luar negara untuk memenuhi pelbagai undangan yang diterima sejak popular.

Sehingga kini, Khaby masih berhadapan dengan masalah birokrasi di Itali untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan memandangkan dia tidak lahir di negara itu.

Bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan Itali, seseorang rakyat asing itu mestilah mencapai usia 18 tahun dan tinggal di negara itu sejak lahir.

“Saya tidak pernah melihat perkara itu sebagai satu masalah kerana jauh di sudut hati saya, saya adalah rakyat negara ini. Saya tidak perlukan sehelai kertas untuk membuktikannya,” katanya.-mSTAR

Ekspresi Wajah Khaby Lame Melucukan Dengan Pengikut TikTok Cecah 100juta [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Khaby Lame, Bintang Parodi Tips TikTok Paling Popular Di Itali

Remaja Melecur Teruk Akibat Ikut Aksi Cabaran Bermain Api Di TikTok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker