Lantik KSU, pegawai tertinggi ikut kelayakan, bukan sebab ‘kegemaran’ menteri

Lantik KSU, pegawai tertinggi ikut kelayakan, bukan sebab ‘kegemaran’ menteri, kata CUEPACS

Pelantikan ketua setiausaha atau pegawai tertinggi perlu berdasarkan kelayakan mereka dan bukan dipengaruhi politik atau daripada kalangan mereka yang menjadi calon ‘kegemaran’ menteri, kata Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presidennya, Adnan Mat berkata, ia amat penting bagi memastikan jentera pentadbiran di bawah kepimpinan baharu oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob itu dapat digerakkan dengan lebih berkesan.

Katanya, lantikan pegawai kerajaan yang terdiri daripada individu berkaliber dan berkebolehan akan membantu kerajaan dalam keberhasilan program mereka.

“Perkara ini penting bagi memastikan jentera pentadbiran perdana menteri dan ahli Jemaah Menteri dibantu pegawai kerajaan berkaliber sekali gus memastikan keberhasilan program kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Adnan berkata, penjawat awam bersifat neutral dan tidak meletakkan kepentingan politik dalam setiap tindakan yang diambil.

Menurutnya, tugas penjawat awam adalah untuk memberikan perkhidmatan dan sokongan terbaik biarpun berlaku perubahan dalam kepimpinan kerajaan.

Katanya, CUEPACS juga berharap mereka yang memimpin kerajaan sentiasa memahami bahawa penjawat awam tidak didakwa menyebelahi mana-mana parti tertentu.

“Jika hal ini diterima dengan sikap terbuka dan profesional oleh kedua-dua pihak, maka kita akan dapat memastikan negara ini benar-benar telah menelusuri sistem demokrasi yang matang

“Penjawat awam adalah jentera kerajaan yg hanya melaksanakan tugasan melalui dasar-dasar semasa kerajaan secara profesional bagi memastikan ianya dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

“CUEPACS juga yakin perdana menteri mampu meneruskan kecemerlangan pentadbiran kerajaan dalam memastikan negara berada di landasan yang lebih baik dalam menguruskan pandemik Covid-19 dan memperbaiki ekonomi rakyat,” katanya. FMT

Lantik KSU, pegawai tertinggi ikut kelayakan, bukan sebab ‘kegemaran’ menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker