Hati-hati memilih, tak semua dalam Kabinet lama disukai

Hati-hati memilih, tak semua dalam Kabinet lama disukai, PM dinasihati

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mesti mempertimbangkan sentimen rakyat terhadap pentadbiran terdahulu dalam memilih Kabinetnya, kata seorang pemimpin Pemuda Umno.

Bercakap kepada FMT Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk membentuk Kabinetnya.

Menurutnya, walaupun penting untuk terus menangani krisis kesihatan dan ekonomi, sentimen awam juga adalah penting.

“Rakyat tidak berpuas hati dengan pengurusan beberapa perkara kritikal terutama kesihatan dan ekonomi. Jadi beliau mesti terlebih dulu menilai prestasi Kabinet sebelum ini.”


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mohamed Nizham Abdullah Hamidi.
Nizham berkata, walaupun mungkin tidak akan tidak banyak perbezaan berbanding Kabinet terdahulu, masih ramai pilihan Ahli Parlimen untuk mengisi jawatan yang ada.

Terdahulu hari ini, bekas menteri wilayah persekutuan Annuar Musa berkata, beliau percaya barisan Kabinet Ismail Sabri tidak banyak berbeza daripada yang sebelumnya, memandangkan mereka yang mampu membentuk Kabinet juga antara 114 Ahli Parlimen yang pada awalnya menyokong pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Nizham berkata, ada menteri seperti Khairy Jamaluddin telah menunjukkan prestasi baik seterusnya melihat sebagai keputusan baik sekiranya beliau kembali berada dalam Kabinet.

“Komunikasi amat penting untuk kerajaan ini. Pentadbiran terdahulu gagal menenangkan dan memberi pencerahan mengenai pelbagai isu yang akhirnya memakan diri.

“Saya percaya negara ini memerlukan wajah baharu dengan pengalaman serta kebolehan diperlukan untuk membantu Perdana Menteri membawa kita keluar daripada krisis.”

Susulan itu, Nizham berkata adalah penting supaya Kabinet Ismail menggambarkan komitmen Perdana Menteri dalam memerangi wabak dan memulihkan ekonomi.

“Sudah pasti mereka yang berada dalam Kabinet mesti memiliki kewibawaan, integriti dan imej bersih.

“Walaupun saya memahami kemelut politik dihadapinya dalam memikirkan barisan Kabinet, beliau mesti melakukan apa yang betul meskipun sukar.” FMT

Hati-hati memilih, tak semua dalam Kabinet lama disukai

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker