Perkenan Ismail Sabri, Hadi kata hormatilah keputusan Seri Paduka Baginda

Pas mahu semua pihak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah itu bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi serta memperkukuh perpaduan negara.

“Pas menjunjung kasih titah Seri Paduka yang memperkenan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.



“Parti juga mengucapkan setinggi tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan ini dan mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Perkenan Ismail Sabri, Hadi kata hormatilah keputusan Seri Paduka Baginda




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ismail Sabri sebagai PM baharu banggakan rakyat Pahang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker