DBKL beri lanjutan diskaun sewa 50 peratus untuk penyewa dan penjaja

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan pengurangan kadar sewa sebanyak 50 peratus kepada penyewa pasar berbangunan dan pusat penjaja DBKL bagi tempoh enam bulan bermula Julai sehingga Disember ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia melibatkan 5,766 akaun dalam kategori pasar berbangunan dan pusat penjaja DBKL, dengan anggaran pengurangan hasil sebanyak RM3,072,447 untuk tempoh pelanjutan pengurangan kadar sewa berkenaan.

“Bermula 1 April, negara memasuki fasa peralihan ke endemik namun masih terdapat rungutan daripada penjaja dan peniaga kecil tentang bebanan hidup terpaksa mereka tanggung akibat daripada impak ekonomi yang baru memasuki proses perkembangan secara berperingkat.



“Sehubungan itu, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL berharap inisiatif ini mampu membantu peniaga dan penjaja kecil yang terlibat untuk terus mengoptimumkan operasi perniagaan mereka, sekali gus membantu mengurangkan bebanan hidup di ibu kota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini, pihak DBKL telah memberi inisiatif pengurangan kadar sewa kepada peniaga dan penjaja kecil bermula Januari sehingga Jun lalu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker