Serangan seksual, Anwar cabar saman Yusoff Rawther
Serangan seksual, Anwar cabar saman Yusoff Rawther
Anwar Ibrahim akan mencabar saman bekas pembantu penyelidiknya yang mendakwa diserang secara seksual, tiga tahun lalu, kata peguam ketua pembangkang itu.
“Kami baru menerima writ saman dan pernyataan tuntutan hari ini. Kami akan melawannya,” kata Ranjit Singh dari Tetuan Ranjit Singh & Yeoh kepada FMT.
Mengikut prosedur, peguam Anwar akan menghadiri pengurusan kes pada 9 September ini.
Peguam Mahajoth Singh yang mewakili plaintif, Muhammed Yusoff Rawther, mengesahkan tarikh itu.
Yusoff, 28, memfailkan saman pada 15 Julai lalu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Abd Halim Ushah & Associates.
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut.
Menurut Yusoff, dia diminta setiausaha sulit defendan Shukri Saad supaya menyerahkan teks ucapan yang akan disampaikan Anwar sempena ulang tahun kelahiran ke-150 Mahatma Gandhi.
Dia mendakwa Anwar, 74, menyerangnya secara seksual dan mencabulnya.
Tiada komunikasi antara mereka selama sebulan selepas kejadian, walaupun dia masih bekerja dengan Anwar sebelum meletak jawatan pada 24 Jun 2019.
Yusoff memfailkan laporan polis terhadap Anwar pada 7 Disember 2019.
Dia mendakwa telah dituduh bersubahat menjatuhkan dan merosakkan kerjaya politik Anwar, seterusnya menjejaskan kesihatan mentalnya.
Dia menuntut ganti rugi khas, am, teruk serta teladan selain relif lain dianggap wajar oleh mahkamah. FMT
Serangan seksual, Anwar cabar saman Yusoff Rawther
You must be logged in to post a comment.