Seorang lagi staf DBKL positif Covid-19

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengesahkan seorang lagi kakitangannya dijangkiti Covid-19 dan menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, kes ke-3 dalam kalangan kakitangannya.

DBKL dalam kenyataan memberitahu, kes terbaharu itu melibatkan kakitangan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta yang beroperasi di Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail.

“Kakitangan ini disahkan positif Covid-19 pada 20 Oktober, selepas diarahkan menjalani ujian swab di Klinik Kesihatan Rawang ekoran menjadi kontak rapat kepada kes pertama kakitangan DBKL, sebelum ini. DBKL dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) juga sedang giat mengesan kontak rapat pesakit bagi tindakan susulan,” katanya.

Susulan itu, DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan pemilik bangunan itu melaksanakan operasi nyah kuman di lobi dan lif serta tingkat 3,4,5,6,7,17 Menara TH Perdana.



Menurut DBKL, operasi di ketiga-tiga Menara DBKL berjalan seperti biasa, namun SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM akan diperketatkan.

Pada 15 Oktober lalu, DBKL mengesahkan 2 kakitangannya positif Covid-19 dan menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh. Bernama

2 kakitangan DBKL positif Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker