Kegagalan Teruk Kerajaan PN Punca Langkah Tukar Muhyiddin

Kegagalan Teruk Kerajaan PN Punca Langkah Tukar Muhyiddin

Oleh Nurul Aisyah

SEJAK 18 bulan yang lalu memang banyak yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) lakukan. Kerajaan Muhyiddin ini menyebabkan negara berada dalam kemelut kesihatan, ekonomi dan politik yang terlalu teruk.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang melaksanakan “Lockdown” paling lama di dunia tetapi kes tidak juga turun. Malah, Malaysia dijangka mengatasi Bangladesh hari ini bagi jumlah kes kumulatif Covid tanpa mengambil kira saiz penduduk.

Dari segi kadar kes baharu. kematian baharu dan kes aktif Covid berbanding saiz penduduk, kita masih antara paling tinggi dalam dunia sejak dua bulan lalu. Jumlah kes aktif Covid sudah naik ke 250,000 orang semalam. Status kesihatan negara kita sangat teruk.

Malah ekonomi negara dilihat turut tenat.

Menurut laporan rasmi Bank Negara malaysia (BNM) yang dikeluarkan minggu lepas.
Bagi suku kedua 2021 berbanding suku kedua 2020:
– Perbelanjaan mengurus naik RM3.3b (6.4%) ke RM55.2b
– Perbelanjaan projek naik 80.7% dari RM7b ke RM12.7b
– bantuan Rakyat dan perbelanjaan berhubung Covid TURUN lebih 57% dari RM22.1b ke RM9.3b

Hutang negara juga naik RM78.8b dalam tempoh 6 bulan sejak akhir tahun ke RM958.4b pada akhir suku 2 2021 dan naik RM104.3b dalam masa setahun dari RM854.1b pada akhir suku 2 2020.

Sebagai perbandingan, hutang negara naik RM86.6b bagi keseluruhan tahun dari RM793b pada akhir tahun 2019 ke RM879.6b pada akhir tahun 2020.

Bukti jelas menunjukkan bahawa bantuan Rakyat turun mendadak tahun ini berbanding tahun lepas walaupun perbelanjaan kos projek dan hutang naik mendadak.

Secara rasmi, hutang negara telah naik hampir 50% (RM300b) dari RM686.8b pada akhir 2017 ke RM958.4b pada akhir bulan Jun 2021 dalam tempoh 3 1/2 tahun lepas sahaja.

Untuk makluman, kerajaan BN pinjam sekitar RM300b sepanjang tempoh 9 tahun Datuk Seri Najib menjadi PM berbanding kenaikan RM300b dalam tempoh 3 1/2 tahun lepas.

Perlu juga ingat bahawa walaupun hutang naik RM300b ketika pentadbiran Najib, aset dan kekayaan negara turut naik RM1.2 trilion dari RM800b ke RM2 trilion.

Nisbah hutang ke KDNK dianggarkan sudah mencecah 64.3% pada akhir Jun 2021 – iaitu mencecah had 60% yang dinaikkan dari 55% oleh kerajaan PN pada bulan Ogos 2020.

Pengangguran sangat tinggi, kadar kemiskinan terus meningkat, banyak perniagaan ditutup dan lain-lain lagi menjadi penanda aras bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan sangat tenat.

Politik ketika Muhyiddin Yassin menjadi PM sangat tidak stabil. Kerakusan kuasa beliau dapat ditonton seluruh dunia. Demi untuk mengekalkan kuasa, sidang parlimen dihentikan selama 7 bulan dan selepas dipaksa bersambung, Muhyiddin tidak membenarkan ordinan darurat dibentang sehingga dikatakan terpaksa menipu YDP Agong. Malah beliau dikatakan sanggup sogok-menyogok ahli-ahli parlimen. Nak dengar suara?

sumber

Kegagalan “world-class” Muhyiddin

1. Pelaburan asing paling corot dalam ASEAN pada tahun 2020.

2. Hutang negara naik ratusan bilion Ringgit tanpa sebarang hasil nyata.

3. Malaysia antara paling corot dalam dunia bagi kadar kes dan kematian baharu Covid.
“Malaysia’s daily new Covid cases per million people is now one of the highest globally”

4. Pasaran saham paling kedua paling corot dalam dunia dan nombor satu paling teruk di Asia Pasifik.
“Asia-Pacific stock markets top global charts in the first half of 2021”

5. Malaysia antara paling lama lockdown dalam dunia tetapi makin lama lockdown, makin tinggi kes Covid.
Adakah kamu sedar pada tahun 2021 ini, PKP 2.0 pada bulan Januari-Mac sudah 51 hari dan PKP 3.0 sudah berlangsung 97 hari sejak 12 Mei?

6. Melaksanakan darurat paling gagal dalam sejarah dunia di mana kes Covid naik lebih 12 kali ganda.
Sebagai contoh, jumlah kematian Covid sepanjang tahun 2020 sebelum Darurat bermula adalah 551 nyawa.
Tetapi dalam tempoh dua hari lalu saja jumlah kematian sudah cecah 556 nyawa (274 Ahad dan 282 Sabtu).

Kegagalan Muhyiddin terlalu banyak. Kegagalan dari segi kesihatan, ekonomi dan politik memaksa negara menukar kerajaan PN.

Kegagalan Muhyiddin yang menyebabkan kehilangan nyawa dan penderitaan bagi puluhan juta Rakyat Malaysia antara pengerak utama terhadap langkah untuk menukar beliau. Oleh itu, tindakan Muhyiddin menyalahkan pihak lain atas kegagalan diri sendiri dilihat sebagai sangat tidak beretika.

Kegagalan Teruk Kerajaan PN Punca Langkah Tukar Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker