Shafie pesaing Anwar calon PM blok pembangkang

Sebaran :

Shafie pesaing Anwar calon PM blok pembangkang. Walaupun Anwar Ibrahim tidak dinafikan adalah pemimpin pembangkang, nama Presiden Warisan Shafie Apdal turut disebut antara yang mungkin dicalonkan sebagai Perdana Menteri susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin petang tadi.

Beberapa Ahli Parlimen memberitahu FMT, mereka telah dihubungi untuk menyokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri. Malah, seorang Ahli Parlimen dari Malaysia Timur yang enggan dinamakan mengakui ada usaha untuk menamakan bekas ketua menteri Sabah itu sebagai calon alternatif pembangkang.

“Ada 105 Ahli Parlimen pembangkang. Ini asasnya, dengan mengandaikan pembangkang bergerak sebagai satu blok, dan saya dimaklumkan dalam Pakatan Harapan pun tidak semua orang yakin hanya satu calon mencukupi.

“Angka ‘ajaib’ adalah 111 namun ada keraguan sama ada Anwar mampu meraih bilangan itu.

“Shafie mungkin lebih berjaya kerana dilihat sebagai calon lebih ‘mesra’ berbanding Anwar, terutama kepada Ahli Parlimen bekas PKR dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).”

Ahli Parlimen itu berkata, ada kemungkinan lebih tinggi Shafie akan mendapat sokongan dari Sarawak kerana kemungkinan adanya Perdana Menteri dari Borneo pasti lebih mengukuhkan kemungkinan mencapai apa dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Terdahulu hari ini, beberapa Ahli Parlimen memberitahu FMT mereka telah menerima panggilan daripada pelbagai parti untuk mendapatkan sokongan bagi calon Perdana Menteri mereka.

Ini susulan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kira-kira 17 bulan selepas dilantik ke jawatan itu. Beliau akan menjadi Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga pemimpin baharu dilantik.

Bagaimanapun, seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang enggan dinamakan berkata, Anwar sajalah diketahui calonnya setakat ini dalam kalangan Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen itu menyuarakan keraguan sama ada Shafie dan Warisan mampu meyakinkan pembangkang mengenai kelayakannya.

“Ia parti kecil. Mereka cuma mempunyai lapan Ahli Parlimen dan Shafie tidak cukup kukuh di peringkat nasional. Beliau pemain peringkat negeri.

“Ia umpama PAS mahu memegang jawatan Perdana Menteri sedangkan Umno yang mempunyai bilangan lebih tinggi.”

Katanya, nama Anwar dan Shafie memang telah diperkatakan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang, namun cadangannya adalah supaya dua pemimpin itu bekerjasama di bawah satu gabungan pembangkang yang besar, bukannya untuk bersaing bagi jawatan Perdana Menteri.

Katanya, hakikatnya tiada parti yang mempunyai angka diperlukan bagi membentuk kerajaan, seterusnya kerajaan campuran adalah penyelesaian paling mungkin untuk kemelut politik dihadapi sekarang.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dari PKR berkata, setahunya Anwar adalah satu-satunya calon untuk pembangkang, dan beliau tidak mendengar mengenai sebarang cadangan melibatkan Shafie.

Sementara itu, satu sumber berkata dalam kalangan DAP masih ada yang tidak berpuas hati Anwar tidak menerima cadangan pembaharuan dan pentadbiran inklusif yang ditawarkan Muhyiddin untuk meraih undi sokongan di Parlimen yang sepatutnya diadakan bulan depan.

“Menurut rasional mereka, sekiranya Anwar bersetuju, PH akan berkuasa semula dan menjadi ‘kingmaker’, malah Anwar mungkin boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri selain pelbagai pembaharuan dapat dilakukan.”

Shafie pesaing Anwar calon PM blok pembangkang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mesyuarat biro politik, MT Umno akan pilih tiga nama calon PM interim

 


Sebaran :

Leave a Reply