Kuasa saya kini terbatas – Muhyiddin

Muhyiddin Yassin hari ini berkata dia akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Ia adalah tugas yang terhormat, dan saya akan terus jalankan tugas sebagai perdana menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan para editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri tengah hari tadi kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, dia akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.



Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta dia meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara, Muhyiddin berkata dia terus merujuk kepada Peguam Negara Idrus Harun mengenai bidang tugas itu.

“Saya telah mendapatkan pandangan peguam negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai kabinet sementara, Muhyiddin bekata setahunya hanya dia seorang yang akan menjalankan tugas.

“It is a one man show,” katanya secara berseloroh.



Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin berkata ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi perdana menteri).

“Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambahnya.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Selepas hujan pasti ada pelangi menanti” – Najib



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker