Perdana Menteri Kanada umum pilihan raya mengejut

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mengumumkan pilihan raya mengejut pada 20 September ini untuk mencari mandat baharu bagi menangani krisis COVID-19.

Bagaimanapun, tindakan mengukuhkan pengurusan pelan keluar pandemik Kanada itu mendapat bantahan keras daripada pembangkang yang khuatir jangkitan coronavirus akan meningkat.

Kanada sudah mengeluarkan bantuan pandemik besar melebihi belanjawan persekutuan dan undang-undang lain dengan sokongan pembangkang sejak setahun lalu.



Namun, Trudeau, yang memegang jawatan Perdana Menteri sejak 205, merungut kerana Parlimen tidak berfungsi bagi melaksanakan tugasnya.

Pemimpin itu semalam bertemu dengan Ketua Gabenor, Mari Simon, meminta beliau membubarkan Parlimen dan berharap keputusan pilihan raya mampu memberi kuasa semula kepada parti Liberal pimpinannya.

“Rakyat Kanada perlu memilih bagaimana kita mahu menamatkan perjuangan menentang COVID-19 dan membina semula negara dengan lebih baik.

“Ini termasuk dari menyelesaikan tugas melaksanakan inokulasi dengan sokongan penuh hingga akhir krisis,” kata Trudeau selepas pertemuan itu.



Kesemua lima parti kini berazam untuk bertanding dalam pilihan raya itu, namun kebanyakan rakyat sememangnya sudah menyokong usaha menangani pandemik Trudea.

Bagaimanapun, risiko kemunculan jangkitan gelombang keempat COVID-19 ketika kempen itu mungkin akan mengakibatkan beliau dikritik.

Meskipun program vaksinasi Kanada adalah antara yang tertinggi di dunia dengan hampir 62 peratus rakyat diinokulasi, kes baharu mencecah 1,000 mangsa setiap hari turut dilaporkan.

Pesaing utama Trudeau adalah pemimpin parti Konservatif, Erin O’Toole, yang dilihat bergelut meningkatkan pengaruh sejak menjadi pemimpin pada Ogos 2020 kerana perintah sekatan dan larangan lain mengekang kempennya.



Kini, kempen pilihan raya hanya berbaki 36 hari dan dijangka berkisarkan mengenai pelan pengurusan pandemik, bantuan kecemasan kerajaan dan pelan stimulus panca pandemik tiga tahun bernilai AS$80.9 bilion (RM343 bilion). BH

Perdana Menteri Kanada umum pilihan raya mengejut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker