Muhyiddin dihukum atas pengkhianatannya – Mat Sabu

Muhyiddin dihukum atas pengkhianatannya – Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan krisis politik yang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini adalah hukuman terhadap pengkhianatan Perdana Menteri, Muhyyidin Yassin.

Menurutnya Muhyyidin adalah seorang watak dalam pengkhianatan terhadap keputusan PRU14 sekali gus mencatat episod hitam dalam sejarah demokrasi negara.

“Pada Februari 2020, satu episod hitam telah tercatat dalam sejarah demokrasi negara. Sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya telah dijatuhkan melalui pengkhianatan wakil-wakil rakyat yang melompat parti.

“Ini bukan sahaja sesuatu yang malang malah sesuatu yang sial. Kini, kerajaan yang diakui mereka sendiri dibentuk secara ‘tebuk atap’ dengan mencuri mandat rakyat ini bakal rebah. Ia ternyata bukan sebuah kerajaan yang stabil malah ia adalah sebuah kerajaan yang gagal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas senario politik semasa selepas Muhyyidin didapati hilang majoriti parlimen dan dijangka akan meletakkan jawatannya hari ini.

Mohamad berkata, pengkhianatan Muhyyidin bersama rakan-rakannya menyebabkan jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia melalui pilihan raya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kini beliau terhukum oleh pengkhianatannya yang dahulu. Sejarah akan merakamkan bahawa beliau adalah seorang perdana menteri yang gagal, mencuri mandat dari rakyat Malaysia.

“This is the biggest evil. Jika dalam peperangan, sejarah menukilkan bahawa pengkhianat biasanya dihukum bunuh.

“Ini kerana pengkhianatan mereka merosakkan sistem demokrasi. Pengkhianatan atau mencuri mandat rakyat di tengah jalan seperti yang dilakukan ini tidak boleh dibiarkan,” ujarnya yang juga anggota Parlimen Kota Raja.

Jelas bekas timbalan presiden PAS itu lagi, sejak merdeka 1957, negara melalui sebanyak 14 kali pilihan raya umum sebagai satu proses pemilihan kepimpinan negara.

Justeru katanya, parti-parti politik bersaing merebut pengaruh dan mendapatkan sebanyak mungkin sokongan daripada rakyat. Parti yang mendapat paling banyak undi dikira pemenang.

“Parti atau gabungan yang mempunyai paling ramai wakil akan membolehkan mereka membentuk kerajaan, sementara pihak yang kalah akan berusaha lagi mendapatkan sokongan dalam pilihan raya berikutnya.

“Amalan ini diterima pakai oleh rakyat sejak merdeka. Sekali pun masih memerlukan penambahbaikan, namun secara umumnya itulah sistem demokrasi yang diterima semua,” katanya.

Mohamad turut menyatakan kerisauan sekiranya trend lompat parti itu akan terus berlaku secara besar-besaran di masa akan datang.

“Apa akan terjadi jika suatu hari nanti 40 orang ahli parlimen berjaya dibeli oleh kuasa luar setiap penggal? Tentunya kedaulatan negara akan tergadai.

“Peristiwa ini tidak harus dibiarkan berulang. Mandat rakyat melalui pilihan raya tidak wajar dipermainkan dengan mencuri dan melompat parti ditengah jalan.

“Tiada jalan lain kepada pengkhianatan ini melainkan kembali ke pangkal jalan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut. Sesungguh tuhan maha pengampun dan maha penyayang,” tegasnya. Mk

Muhyiddin dihukum atas pengkhianatannya – Mat Sabu

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker