Nak Merompak Tapi Gagal Sebab Tulisan Cakar Ayam

Nak Merompak Tapi Gagal Sebab Tulisan Cakar Ayam

LONDON – Seorang perompak di Britain terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas percubaan untuk merompak sebuah bank menemui kegagalan disebabkan tulisan tangannya yang  seperti cakar ayam, lapor laman The Argus kelmarin.

Alan Slattery, 67, pada Mac lepas cuba merompak sebuah bank di Eastbourne, England, namun gagal kerana pegawai bank tidak memahami tulisannya yang mengandungi ancaman.



Menurut polis, pegawai bank tersebut tidak memahami tulisan Slattery yang meminta sejumlah wang tunai diserahkan kepadanya.

Dalam satu hantaran di Twitter, polis memuat naik nota yang ditulis suspek ketika rompakan dilakukan.

“Skrin anda tidak akan menghentikan apa yang saya boleh lakukan. Serahkan wang tunai sebanyak £10 (RM59) dan £20 (RM118). Fikirkan tentang pelanggan lain,” tulis Slattery pada nota tersebut.



Seterusnya, pada bulan  sama, suspek melakukan rompakan lain dan membawa lari wang tunai berjumlah £2,400 (RM14,103)  di kawasan tempat tinggalnya.

Ini diikuti dengan satu lagi rompakan lain pada April lalu, namun dia gagal mendapatkan wang.

Polis kemudiannya berjaya mengesan lelaki itu berpandukan sistem televisyen litar tertutup pihak bank dan memberkas suspek  di rumahnya.

Dia kemudiannya mengaku bersalah terhadap satu dakwaan rompakan serta dua dakwaan cubaan merompak pada Julai lalu dan menjalani hukuman penjara enam tahun. – AGENSI



Nak Merompak Tapi Gagal Sebab Tulisan Cakar Ayam


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mengata Dulang Paku Serpih… Tuduh UMNO Jajaran Baru Bersama DAP Tapi Akhirnya…

Kelonggaran bagi perniagaan beroperasi ‘sabotaj’ kerajaan berikutnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker