MP PKR dakwa Ismail Sabri bukan calon tepat jadi PM
MP PKR dakwa Ismail Sabri bukan calon tepat jadi PM
AHLI Parlimen PKR Fahmi Fadzil mendakwa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan calon tepat untuk dilantik menjadi perdana menteri.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pelantikan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri adalah langkah salah dan tidak patut disokong oleh ahli Parlimen dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.
Fahmi yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR mendakwa, Ismail Sabri tidak mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan.
“Memandangkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen, maka DS Ismail Sabri turut terlibat dalam keputusan Jemaah Menteri untuk tidak melaksana titah perkenan Seri Paduka Baginda tersebut.
“Adakah ini tingkah laku seorang pemimpin yang patut diikuti, terutama oleh Ahli-Ahli Parlimen yang amat kuat mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan?” kata Fahmi.
Baca Artikel Menarik :
- Perikatan Nasional tumbang? Muafakat Nasional dijangka kembali ‘bernyawa’
- Harap muka saja cantik bukan jaminan
- MIC desak UMNO pilih Ismail Sabri
- Mampukah Anwar tamatkan sumpahan PM Tepi?
- Parti tentukan calon PM, bukan individu
- Ismail Sabri jumpa Mahathir dapatkan sokongan
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU
Beliau yang mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional sebagai gagal, berkata, Ismail Sabri juga bertanggungjawab atas segala langkah dan dasar yang diambil oleh pemerintah.
“Ini termasuklah ‘total lockdown’ separuh masak, SOP yang dikuatkuasa secara ‘Antara Dua Darjat’, dan kelewatan pemberian vaksin sehingga kita saksikan natijahnya setiap hari dengan jumlah kematian yang begitu tinggi.
“Oleh itu, mereka yang menyokong seorang Ahli Parlimen seperti DS Ismail Sabri hanya menyokong diteruskan kegagalan Perikatan Nasional,” kata Fahmi.
Menurutnya, Malaysia perlukan tenaga baharu, konfigurasi kepimpinan baharu dan mungkin juga sebuah jajaran baharu untuk memastikan negara mampu menyelesaikan masalah-masalah pandemik dan kebajikan rakyat secara menyeluruh dan bersama.
Fahmi mengeluarkan kenyataan tersebut selepas meneliti beberapa perbincangan di media sosial dan dalam kalangan para wartawan yang memberi andaian Ismail Sabri bakal menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin meletakkan jawatan esok. SM
Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM
You must be logged in to post a comment.