Ladang Neverland Michael Jackson Dijual Dengan Diskaun Tinggi

LOS ANGELES: Ladang yang pernah dimiliki Raja Pop, Michael Jackson dikenali sebagai ‘Neverland’ di California akhirnya dijual kepada jutawan Amerika Syarikat (AS), Ron Burkle.

Menurut jurucakap jutawan itu, ladang itu dibeli pada harga AS$22 juta (RM89 juta), dengan kadar diskaun tinggi.

Mendiang Jackson mengubah suai kawasan berpagar rumahnya kepada lokasi istirahat bertemakan kisah dongeng lengkap dengan permainan di taman ria seperti roda Ferris dan laluan kereta mainan.



Jackson juga ketika hayatnya kerap menghasilkan lagu hitsnya di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun kawasan itu dijenamakan semula sebagai ‘Sycamore Valley Ranch’ selepas kematian Jackson pada 2009.

Katanya, Burkle berkunjung ke California untuk meninjau prospek hartanah berdekatan bagi membina cawangan baharu rangkaian kelab Soho House sebelum berminat dengan kawasan itu dan menghubungi pemiliknya.

Pada 2015, kawasan itu dijual pada harga AS$100 juta (RM406 juta), sekali gus menunjukkan ia mengalami penurunan harga berbanding yang dibeli kini berdasarkan sumber yang rapat dengan perjanjian itu.



Jackson membeli hartanah itu pada harga AS$19.5 (RM19 juta) pada sekitar 1980-an.

Ladang seluas 1,100 hektar itu terletak di 65 kilometer dari Santa Barbara dan dilengkapi dengan kediaman enam bilik, tiga rumah tamu, tasik dan air terjun, gelanggang tenis dan kawasan ternakan haiwan.

Kawasan itu diserbu pihak berkuasa pada 2003 selepas laporan kes penganiayaan kanak-kanak terhadap Jackson sebelum merampas banyak koleksi pornografi dan gambar kanak-kanak bogel.

Bagaimanapun, Jackson dibebaskan daripada tuduhan itu pada 2005. – AFP



Kesan Darah Michael Jackson Dilelong Dengan Harga RM10, 416

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker