‘Saya Akan Ditidurkan, Maafkan Semua’ – Status terakhir penyanyi lagu asli sebelum meninggal dunia

‘Saya Akan Ditidurkan, Maafkan Semua’ – Status terakhir penyanyi lagu asli sebelum meninggal dunia

SUNGAI PETANI: “Saya akan ditidurkan, maafkan semua.”

Itu status terakhir dimuat naik Muhammad Hanizam Azman yang meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat jangkitan COVID-19.

Dikenali dengan nama panggilan Angah, Allahyarham merupakan penyanyi lagu-lagu asli dan pemenang tempat ketiga pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009.

Muhammad Hanizam juga pernah dinobat sebagai johan Bintang Asli Remaja anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) Kedah pada 2014.

Lebih menyedihkan, Allahyarham memuat naik status itu sekitar jam 2 petang, hanya empat jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah beberapa jam selepas meninggal dunia, masih ramai rakan dan kenalan yang belum mengetahui tentang pemergian Allahyarham, meninggalkan komen mendoakan kesembuhannya.

Menerusi kemas kini di laman sosial, Muhammad Hanizam yang berusia 30 tahun serta beberapa ahli keluarga disahkan positif COVID-19 pada 7 Ogos lalu.

Harian Metro melaporkan Allahyarham yang menetap di Kuala Muda itu turut mengusahakan kedai makan di samping menerima tawaran mengadakan persembahan.

Muhammad Hanizam dimasukkan ke hospital tiga hari lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.-Awani

‘Saya Akan Ditidurkan, Maafkan Semua’ – Status terakhir penyanyi lagu asli sebelum meninggal dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Kerajaan Minoriti Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan – Azalina

Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker