F1: Kontrak GP Rusia Dibatalkan Dan Pada Masa Hadapan

F1: Kontrak GP Rusia Dibatalkan Dan Pada Masa Hadapan

FORMULA One membatalkan kontrak dengan penganjur Grand Prix (GP) Rusia yang sepatutnya berlangsung hingga 2025.

St Petersburg sepatutya akan menggantikan Sochi sebagai tuan rumah perlumbaan itu pada tahun depan.

Bagaimanapun, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine minggu lalu menyebabkan barisan ketua F1 mengisytiharkan perlumbaan 2022 di Sochi itu dibatalkan.

Dalam satu kenyataan, F1 berkata: “Formula 1 mengesahkan telah menamatkan kontrak dengan promoter GP Rusia, ini bermakna mereka tidak akan mengadakan perlumbaan pada masa hadapan.”

Berita itu muncul dua hari selepas badan induk dunia sukan permotoran, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), menyokong keputusan itu tetapi tidak melarang pemandu Russia daripada menyertai perlumbaan.

Malah, FIA pada Selasa lalu turut menyatakan tiada satu pun perlumbaannya harus diadakan di Rusia termasuk negara sekutu, Belarus, hingga diberitahu kelak selain bendera atau simbol mana-mana negara turut diharamkan buat masa ini, ia juga merangkumi lagu kebangsaan dan warna kebangsaan.

Dalam masa sama, pemandu dari Rusia, Nikita Mazepin, yang mewakili pasukan Haas dilarang untuk memasuki United Kingdom (UK), sekali gus akan menghalangnya untuk menyertai GP British Julai depan.-AA

F1: Kontrak GP Rusia Dibatalkan Dan Pada Masa Hadapan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker