Resepi mee udang kuala sepetang sedap

Resepi mee udang kuala sepetang sedap

Mee Udang Kuala Sepetang memang terkenal dengan mee udang yang sedap dan rasanya yang teramat power. Setiap hari memang kedai ini sering dipenuhi oleh pelanggan dalam dan luar negeri. Namun semenjak negara kita dilanda Covid, pergerakkan kita semakin terbatas.

Jadi apa kata kita buat sendiri juga Mee Udang ni. Mudah je resepinya. Rasanya pun hampir sama tau. Sekali rasa memang nak lagi.

Cara Buat Mee Udang Ala Kuala Sepetang

Bahan-bahan :

6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang – rebus (saya pakai leledek sebab kentang tak ada. Sedap je!)
Garam, gula, serbuk perasa
Sos tomato
Sos cili

Bahan hiasan:

Telur – rebus
Sawi – celur
Cili merah – hiris
Bawang goreng
Daun bawang – hiris
Mee – celur

Cara Penyediaan :

Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disuka.

Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba!

Resepi oleh Cik Puan Yaya

Resepi mee udang kuala sepetang sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker