Anwar gesa kerajaan serius tangani keganasan wanita

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu mengambil perhatian serius isu keganasan terhadap kaum wanita terutamanya penderaan domestik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKP untuk jangka masa yang lama telah menghadkan aktiviti kaum wanita dan kanak-kanak perempuan di luar rumah sekali gus mendedahkan mereka kepada penderaan di dalam rumah.

“Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga telah melaporkan peningkatan gejala seumpamanya di pelbagai negara, terutamanya pada zaman wabak dan ketidaktentuan hari ini.

“Persatuan Perubatan Malaysia turut menggariskan beberapa laporan yang menunjukkan peningkatan gejala penderaan ketika tempoh pengawalan pergerakan yang berpanjangan tatkala mereka berdepan dengan masalah kewangan dan tekanan jiwa yang memuncak,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Malaysia kekurangan data atau maklumat bagi mengakses dan menilai gejala tersebut menyebabkan kerajaan kurang berkesan dan tidak dapat bertindak melindungi golongan wanita.

Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan yakin terdapat banyak kes keganasan terbabit tidak dilaporkan.

“Kerajaan harus meningkatkan perhatian pada isu ini dan gunakan segala upaya yang ada bagi mengekang atau membendung masalah ini.

“Kaum perempuan yang didera juga harus diberi perlindungan yang munasabah agar trauma itu dapat dirawat dan diberi perhatian secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Antarabangsa Menolak Gejala Keganasan Ke Atas Wanita hari ini. MD

Nota : Keganasan terhadap lelaki juga kena tangani Pak Sheikh

Belanjawan 2021: “Mana nak dapat duit ni?” – Wan Azizah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker