Resepi Puding Sedut Viral,

Boleh buat niaga

Resepi Puding Sedut Viral

Resepi Puding Sedut Viral
Resepi Puding Sedut Viral

Puding Sedut merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang pernah menjadi tular di tanah air kita. Rasanya yang lembut, seakan dadih dan aiskrim dapat bikin ramai yang merasainya jatuh cinta. Puding sedut amat sesuai dijadikan pencuci mulut ataupun dimakan begitu sahaja terutama sekali ketika panas.

Cara pembuatan puding sedut amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Puding sedut juga mempunyai rupa yang amat menarik dengan puding yang berwarna warni di dalam botol, kelihatan amat lazat sekali. Walaupun rupanya cantik, anda boleh menyediakannya sendiri tau!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Yaya Wulan dan mendapat banyak perkongsian serta tanda suka di Facebook. Jom kita tengok resepi puding sedut ini!


Baca Artikel Menarik :

 

Bahan – bahan:

1 pek serbuk dadih jenama HAPPY TREE atau HAPPY GRASS perisa vanilla
Air 3000ml
Gula 7 sudu (ikut citarasa)
Susu cair 1 tin
Esen vanila (2 sudu kecil)
Pewarna biru
Untuk perisa jagung dan strawberi, resepinya sama cuma tidak letak esen vanilla dan warnakan kuning atau merah jambu sahaja.

Cara – cara memasak:

Panaskan 3000ml air dan biarkan mendidih.
Masukkan susu cair dan gula dan kacau sehingga sebati dan menggelegak.
Kemudian, masukkan serbuk dadih vanilla dan kacau sehingga larut.
Masukkan esen vanilla dan pewarna biru.
Apabila sudah menggelegak, tutup api.

Proses melapis:

Buat satu – satu perisa terlebih dahulu. Untuk lapisan bawah, letakkan perisa strawberry.
Kemudian, tuangkan dalam botol dan biarkakn mengeras sedikit.
Apabila hendak tuang, tuangkan perlahan – lahan supaya puding tidak rosak.
Siap!

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang! Kalau yang nak buat bisnes pun silakan.

Kena ambik watak penyondol yang alim, acah-acah suci – Michael Ang


Baca Artikel Menarik :


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sambal Goreng Jawa Mengancam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker