Resepi Puding Mangga Susu Best
Resepi Puding Mangga Susu Best
Mangga, buah tempatan yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Daripada mangga terhasilnya variasi pencuci mulut seperti jus mangga susu, kek keju mangga dan kali ini, kami bawakan khas buat anda iaitu, puding mangga susu. Resepi yang amat lazat, menyelerakan dan amat digemari rakyat Malaysia.
Walaupun rupa puding mangga susu ini kelihatan seakan kompleks dan renyah untuk disediakan, namun, cara pembuatannya tidaklah sukar. Sudah pasti, anda boleh menyediakan puding mangga ini sendiri dan hidangkan kepada ahli keluarga dan para tetamu. Pasti mereka teruja melihat kecantikan dan keenakan puding mangga hasil air tangan anda ini.
Resepi ini dikongsikan oleh Zura Zul dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Apa tunggu lagi, jom kita lihat resepi puding mangga ini.
Bahan – bahan:
A:
10g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1 biji mangga
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit lemon kuning
Secubit garam – jika suka
B:
10g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1/2 susu pekat manis
2 biji mangga – potong dadu
2 – 3 sudu oren sunquick
Cara – cara memasak:
A:
Gunti kecil agar-agar tali. Cuci agar – agar dan dengan air bagi agar-agar larut.
Sementara itu, boleh kisar buah mangga, susu cair, tepung jagung & sedikit lemon kuning hingga hancur halus.
Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sedikit dan masukkan susu pekat, secubit garam jika suka.
Kacau – kacau dan sebatikan. Tak perlu masak sampai mendidih.
Basahkan dulu loyang 8×8 dan tuang kesemuanya.
Biarkan sederhana beku.
B:
Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar.
Ketepikan dulu 1/2 cawan agar-agar.
Tuang susu cair, kemudian susu pekat dan kacau sebati.
Tuang perlahan – lahan atas puding mangga tadi. Biarkan sederhana beku.
Mangga yang dipotong dadu dan dengan oren sunquick. Gaul rata.
Susun/tabur mangga perlahan – lahan atas puding susu tu keseluruhan loyang.
1/2 cawan agar-agar yang telah diasingkan tadi dipanaskan semula atas api perlahan bagi cair.
Tuang sedikit demi sedikit atas puding mangga (bagi keseluruhan mangga terkena agar-agar ni ya, biar nanti dia melekat elok dan tak terkeluar/tertanggal mangga)
Masuk dalam peti sejuk 1 jam atau lebih.
Siap!
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda!
Resepi Puding Mangga Susu Best
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Resepi Puding Lapis Jelly Lazat Memukau
You must be logged in to post a comment.