PKR kata MB Kedah zalim biar pengkritik ditahan

PKR kata MB Kedah zalim biar pengkritik ditahan. Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor membiarkan individu-individu yang mengkritik beliau dipanggil polis, dibidas kerana sikapnya yang sudah beberapa kali menjadi kecaman daripada pengguna media sosial.

Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, Muhammad Sanusi tidak sensitif dengan menjadikan kematian mangsa Covid-19 sebagai bahan lawak sebelum ini.

“Seorang pemimpin harus mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di saat ini namun Muhammad Sanusi masih konsisten dengan usaha dalam mencemar kredibiliti diri sendiri.

“Kezaliman ke atas mereka yang telah mengkritik Muhammad Sanusi membuktikan bahawa beliau adalah seorang pembuli dan lebih menyedihkan apabila setelah mempersenda kematian rakyat sebelum ini, pemimpin Islam dari Pas masih belum bermuhasabah diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, polis menahan dua lelaki di daerah Alor Setar yang didakwa menghina Muhammad Sanusi menerusi laman sosial Facebook.

Sebelum itu, seorang warga emas ditahan Lenggeng, Negeri Sembilan kira-kira pukul 3.57 pagi semalam kerana didakwa mengaibkan Muhammad Sanusi dengan mengeluarkan kenyataan jelik menerusi satu video yang juga dimuat naik di Facebook.

Ramanan berkata, Muhammad Sanusi sepatutnya lebih terbuka dalam menerima kritikan kerana beliau adalah seorang pemimpin walaupun pernah terlibat dengan beberapa kontroversi yang tular di media sosial.

“Kalau sudah hati ’tisu’ dan tidak sanggup menerima kritikan rakyat, Sanusi harus mempertimbangkan semula kedudukannya sebagai MB Kedah sebelum terus memperlihatkan kebebalan sendiri di mata rakyat,” ujarnya.

PKR kata MB Kedah zalim biar pengkritik ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker