Konvensyen DAP: Mampukah gandingan Thomas-Kula gugat Koo Ham-Kor Ming

 

PEMILIHAN DAP Perak pada konvensyen parti itu 14 Mac ini menjadi tumpuan apabila pasangan sepupu, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming secara rasmi akan dicabar gandingan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran.

Ini merupakan kali kedua selepas 10 tahun lalu gandingan Thomas dan Kula sekali lagi cuba mencabar gandingan Koo Ham dan Kor Ming dalam pemilihan parti peringkat negeri.



Konflik dua kem itu bukan rahsia dalam DAP Perak sehingga pasukan Thomas-Kula sekali lagi mencabar barisan kepimpinan sedia ada dengan alasan didesak akar umbi DAP yang mahukan perubahan di dalam organisasi.

“Kami mahu memberikan suntikan baharu dalam kepimpinan bagi membolehkan parti kekal dominan dan terus diterima rakyat,” kata Thomas dalam sidang akhbar di Ipoh baru-baru ini.

Persoalannya, mampukah gandingan Thomas dan Kula menggugat kepimpinan Koo Ham dan Kor Ming setelah mereka gagal melakukannya pada pemilihan 10 tahun lalu? dan bagaimana peluang kumpulan Thomas dan Kula untuk merebut 15 kerusi pemimpin dalam DAP Perak kali ini?

DAP, Amanah dan Warisan cadang Dr M sebagai calon PM, Anwar masih Kekal BAKAL PM lagi?



Walaupun Koo Ham dan Kor Ming belum mengumumkan secara rasmi calon lain yang mewakili kumpulannya, barisan kepimpinan DAP Perak sedia ada dijangka mempertahankan kedudukan antaranya melalui Dr. Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi), Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timur) dan Howard Lee Chuan How (Pasir Pinji) serta beberapa lagi wakil rakyat parti itu.

Kumpulan Thomas dan Kula pula dikatakan membariskan bekas ADUN Bercham, Cheong Chee Khing; Leow Thye Yih (ADUN Pokok Assam) dan Terence Naidu (ADUN Pasir Berdamar).

Ketika ini kumpulan yang bertanding dilaporkan sedang giat berkempen merebut undi daripada akar umbi di 15 kerusi pimpinan DAP Perak dengan beberapa isu menjadi modal kempen antaranya isu tiga ADUN parti itu yang menyertai parti lain iaitu Paul Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh), A. Sivasubramaniam (ADUN Buntong) dan Leong Cheok Keng (ADUN Malim Nawar).



Isu itu tentunya menjadi modal buat kumpulan Thomas dan Kula untuk mencabar kepimpinan DAP Perak yang ada sekarang.

UMNO tidak boleh halang Pas bantu Bersatu

Namun, isu itu dijangka tidak mampu menggugat kepimpinan sedia ada, begitupun Koo Ham dan Kor Ming yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Teluk Intan tidak seharusnya memandang ringan cabaran yang bakal mereka terima dalam pertandingan kali ini.



Kem Koo Ham dan Kor Ming dilihat masih mempunyai kelebihan kerana disokong majoriti ahli akar umbi atas beberapa faktor antaranya mereka mempunyai hubungan yang baik dan kuat dalam kalangan ahli akar umbi di bahagian dan cawangan yang akan mengundi nanti.

Selain itu, rekod dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila DAP menang di semua 18 kerusi DUN yang mereka tandingi menjadi kekuatan untuk Koo Ham dan Kor Ming terus mempertahankan kepimpinan mereka di Perak.

Gandingan veteran Mahathir -Ku Li tawar khidmat selamatkan negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker