Zahid Hamidi calon PM?
Selasa – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal memperoleh sokongan majoriti di Parlimen atau membuat keputusan meletak jawatan.
Walaupun UMNO tidak memiliki jumlah sokongan yang mencukupi, Ahmad Zahid dijangka memujuk Ahli-Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyokong beliau.
Sumber dalaman UMNO mendakwa, Ahmad Zahid perlu mendapatkan sokongan dengan cara mana sekali pun bagi memastikan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
”Ahmad Zahid tidak akan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kerana bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ‘No Anwar No DAP.’,” kata sumber kepada Utusan TV, hari ini.
Semalam dalam satu wawancara, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau menjadi saksi bahawa Ahmad Zahid melafazkan sumpah di hadapan beberapa Ahli Parlimen bahawa tidak akan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri.
Sumber itu seterusnya mendakwa, Ahmad Zahid juga dilihat sukar untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana tindakan itu akan menyebabkan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu marah.
”Beliau sebaliknya akan menggunakan naratif kerajaan baharu ini perlu diterajui oleh UMNO selaku parti Melayu dan Islam terbesar di negara ini,” dakwa sumber.
Menurut sumber itu lagi, kumpulan Ahmad Zahid sedang giat memujuk Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri menjelang Parlimen dibuka pada September ini.
Zahid Hamidi calon PM
Baca Artikel Menarik :
- ROS maklumkan MT Umno hanya caretaker hingga selesai pemilihan
- Institusi raja perlu dipelihara, kuasa semak dan imbang terakhir rakyat
- Suara rakyat tak lagi bernilai jika ada isu ‘beli’ Ahli Parlimen
- Azlee Senario Kini Jual Buah-Buahan Di Pasar Tani
- Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik
- Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.