Resepi Puding Lapis Jelly Lazat Memukau

Resepi Puding Lapis Jelly Lazat Memukau

Kita sering dengar mengenai kek lapis, kali ini kami bawakan resepi puding lapis yang cantik seperti kek lapis namun teksturnya lebih lembut dan enak dimakan ketika sejuk.

Puding lapis jelly ini juga manis dan sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan umur. Akan tetapi, berwaspada jika anda ingin memberikan puding ini kepada anak kecil kerana terdapat risiko tercekik.

Cara pembuatan puding lapis jelly ini sebenarnya tidak lah sukar untuk disediakan. Malahan, ianya boleh menjadi salah satu aktiviti sihat untuk dilakukan bersama keluarga.

Bahan – bahan untuk membuat puding lapis jelly ini juga boleh didapati di pasaraya berdekatan. Jadi, bolehlah anda menyediakannya!

Resepi ini dikongsikan oleh Halimah Mohd Siri dan mendapat banyak tanda suka serta komen positif di Facebook. Jom kita lihat!

Bahan – bahan:

Bahan A:

10g serbuk agar – agar
1200 ml air
200g gula
Pewarna- hijau, merah, kuning, biru dan ungu

Bahan B:

10g serbuk agar – agar
400 ml santan
800 ml air
200g gula
1/2 sudu teh garam

Cara – cara memasak Bahan A :

Masak bahan A hingga hancur kecuali pewarna.
Kemudian tapiskan, letakkan kedalam mangkuk. Biarkan ke dalam bekas lain (kaedah double boiler) atau biarkan dengan api kecil.

Cara memasak bahan B:

Masak bahan B hingga hancur kecuali santan dan garam.
Kemudian tapiskan, letakkan kedalam mangkuk. Biarkan ke dalam bekas lain (kaedah double boiler) atau biarkan dengan api kecil.

Cara melapis:

Sukar 250 ml agar – agar A dan letakkan pewarna.
Masukkan kedalam loyang dan biarkan selama 5 minit atau sehingga keras.
Apabila lapisan pertama sudah agak keras, lorekkan permukaan agar – agar yang sudah keras bersama pisau supaya lapisan melekat.
Sukat 250 ml agar – agar B dan tuang kedalam loyang. Biarkan selama 5 minit.
Ulangi langkah 3 & 4 sehingga habis. Apabila giliran agar – agar A untuk diletak, letakkan bersama pewarna.

Dah pun siap. Jom makan, tunggu apa lagi.

Resepi Puding Lapis Jelly Lazat Memukau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Lala Kam Heong Sedap dan Wangi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker