Tajuddin seru kepada pemilihan UMNO untuk ‘betulkan organisasi’

Sebaran :

Tajuddin seru kepada pemilihan UMNO untuk ‘betulkan organisasi’. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman menggesa partinya mengadakan pemilihan seperti disarankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi memperbetulkan kembali organisasi itu.

Jelas ahli parlimen Pasir Salak itu, barisan kepemimpinan Umno yang ada kini tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, seperti dinyatakan ROS.

“Umno kena dibetulkan balik organisasi, kena perbetulkan. Setiausaha agung Umno asyik sibuk hal lain.

“Sampai tahap pengurusan parti terlepas pandang,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi, hari ini.

Tajuddin mengulangi pandangan yang mengatakan bahawa barisan kepemimpinan Umno yang ada kini hanya “caretaker” sehingga pemilihan parti itu diadakan semula.

Oleh itu barisan kepemimpinan yang ada kini tidak mampunyai kuasa untuk membuat keputusan.

“Mengikut ROS selepas 30 Jun tak ada MT, presiden lagi. Jadi, kena adakan pemilihan semula seperti mana saranan ROS.

“Jadi, apa saja keputusan selepas 30 Jun tidak terpakai,” kata Tajuddin lagi.

Terdahulu, media melaporkan kepemimpinan MT Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021, kata ROS.

Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim berkata, MT yang diketuai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

“Pada masa ini (kepemimpinan Umno) seperti caretaker sahaja, hanya boleh buat pengurusan administrative atau pentadbiran biasa parti.

“Dari segi pelaksanaan (atau segala) keputusan dasar kena bawa ke perhimpunan agung dahulu kerana dia (kepemimpinan sedia ada) lebih kepada caretaker sahaja,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Mengulas lanjut Tajuddin berkata atas sebab itu jugalah ahli parlimen Umno tidak menjawab surat setiausaha agung parti itu yang meminta supaya mereka menyatakan kesediaan untuk menarik sokongan terhadap perdana menteri atau sebaliknya.

“Tiap-tiap ahli parlimen perlu jawab sama ada setuju atau tak setuju desakan supaya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tiada siapa jawab setahu saya, sebab dia tiada kuasa lagi. Kalau ikut surat mesti jawab dalam masa 48 jam,” katanya.

Tajuddin seru kepada pemilihan UMNO untuk ‘betulkan organisasi’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Maslan bidas ROS, ‘Caretaker’ tidak dimaklumkan


Sebaran :

Leave a Reply