Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

MUAR – Polis mengeluarkan tiga saman terhadap sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi atas kesalahan halangan lalu lintas pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai hingga berlaku pertelingkahan.

“Polis Daerah Muar mengesan tiga video tular yang dimuat naik melalui akaun media sosial Facebook yang memaparkan kejadian penunggang motosikal besar membuat provokasi terhadap individu.

“Sekitar 10 pagi pada Ahad, Pusat Kawalan Daerah Muar telah menerima panggilan yang memaklumkan terdapat pertelingkahan antara penunggang dan orang awam di Jalan Majidi Muar.

“Bertindak atas maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah ke lokasi dan mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan kumpulan motosikal berkuasa tinggi terbabit meletakkan kenderaan di kaki lima kedai,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Tambah Raiz, pihak polis juga telah meleraikan pertelingkahan yang berlaku dan meminta kerjasama untuk mengalihkan kenderaan yang di parkir di kaki lima.

Malah katanya, polis turut mengeluarkan saman 170A atas kesalahan halangan terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker