Mahu Lagi Lebih Daripada 16 Anak [VIDEO]

Mahu Lagi Lebih Daripada 16 Anak [VIDEO]

Sydney: Suami isteri yang mempunyai keluarga besar di Australia dengan 16 anak mengakui mereka inginkan anak lagi.

Ketika ini, Jeni Bonell dan suaminya Ray dari Queensland memiliki sembilan anak lelaki dan tujuh anak perempuan berusia antara enam hingga 31 tahun.



Mirror melaporkan suami isteri berkenaan turut mengakui mereka inginkan anak sehingga tidak lagi dapat berbuat demikian.

Mereka berkongsi pandangan mengenai kehidupan yang sibuk di Instagram dan YouTube dengan Jeni berkata, dia diberkati kerana memiliki begitu banyak anak.

Berusia 51 tahun, wanita itu sebelum ini pernah berkongsi bagaimana dia membelanjakan 243 Pound Sterling (kira-kira RM1,463) seminggu untuk makanan keluarga.



Jun lalu, dia berkongsi bagaimana dia menyediakan sarapan dan makan malam untuk suami dan anak-anaknya seperti telur goreng, roti bakar, kacang panggang dan daging salai.

Dia menggunakan 36 telur, satu tin kacang dan beberapa buku roti.

Jeni menggunakan peralatan jamuan untuk memasak 18 telur sekali gus, sebelum mengalihkannya ke ketuhar.



Di dalam video terbaharu di YouTube, Jeni mendedahkan dia dan suaminya terbuka untuk mempunyai lebih banyak anak selepas ini.

“Kami akan mengasihi lebih ramai anak. Itu belum berlaku, tetapi kami akan lebih menyayangi mereka,” kata Ray.

Jeni berkata, mereka sangat gembira anak-anak, dan sangat terbuka untuk memiliki lebih banyak lagi.



“Akhirnya, usia dan kehidupan akan menghalangnya, tetapi selalu ada harapan,” katanya.

Ditanya mengenai kehamilan, Jeni berkata dia selalu menikmatinya dan ia menjadi sebab mengapa mereka mempunyai begitu banyak anak.

“Ada banyak pengorbanan yang datang dengan memiliki keluarga sebesar ini, tetapi bagi kita, itu benar. Bagi banyak orang lain, mungkin tidak,” katanya.



Mahu Lagi Lebih Daripada 16 Anak [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib



Amboi Mona Allen! Baik Punya….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker