Shuib janji jaga anak sebaik mungkin
Shuib janji jaga anak sebaik mungkin, Siti Sarah dijangka dikebumi di tanah perkuburan ibunya
SELURUH negara hari ini bersedih dengan berita pemergian artis, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 selepas melahirkan anak keempat.
Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu tersebut sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) Khamis lepas selepas mengalami masalah pernafasan dan tahap oksigen yang menurun.
Selepas Siti Sarah ditidurkan, pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan selamat dijalankan dengan melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Awal pagi ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah yang meninggalkan empat anak hasil perkahwinan dengan Shuib pada 26 Februari 2011.
Shuib yang ditemui pemberita di hospital ini ini berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri dengan sebaik mungkin.
“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Tiga lagi anak mereka ialah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Sementara itu, jenazah Siti Sarah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibunya yang meninggal dunia pada Jun 2013.
Shuib berkata, dia bersyukur apabila Allahyarham isterinya diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya.
“Pada awalnya saya tak pasti sama ada urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi sama arwah ibunya. Namun, sebaik tiba di sini saya bersyukur pihak hospital membenarkan jenazah isteri dikebumikan di sana. Entah kenapa saya terasa lokasi itu adalah tempat terbaik untuk arwah isteri saya,” katanya.
Menurut Shuib, urusan tayamum dan solat jenazah akan diuruskan pihak hospital.
Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di ICU HCTM pada jam 5.13 pagi, hari ini. Utv
Shuib janji jaga anak sebaik mungkin
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib
You must be logged in to post a comment.