Laungan Azan Iringi Pengebumian Siti Sarah

Laungan Azan Iringi Pengebumian Siti Sarah

Suasana suram yang menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor bertambah sayu apabila laungan azan kedengaran mengiringi upacara pengebumian jenazah Siti Sarah sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham selamat disemadikan sekitar pukul 1.35 petang tadi oleh petugas kesihatan.

Difahamkan, suaminya Shuib juga diberi peluang menguruskan upacara pengebumian Siti Sarah sambil dibantu beberapa ahli keluarga yang lain.

Kesemua yang terlibat dalam upacara pengebumian lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan menyembur cecair pembasmi kuman selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jenazah sebelum itu tiba di tanah perkuburan berkenaan sekitar pukul 12.40 tengah hari selepas bergerak dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekitar 12.13 tengah hari.

Laungan Azan Iringi Pengebumian Siti Sarah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Ibu tunggal rugi RM494,400 ditipu African Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker