Dakwaan ditawar sebagai Menteri, Kula dipanggil SPRM

Dakwaan ditawar sebagai Menteri, Kula dipanggil SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan mesej berunsur rasuah berhubung tawaran wang dan jawatan yang diterimanya pada 6 Ogos lalu.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, pihaknya akan merakamkan percakapan wakil rakyat DAP itu dalam masa terdekat.

“SPRM telah menerima kes rujukan ini daripada polis. Kita akan menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil beliau untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mohd Fauzi berkata, turut akan dipanggil untuk dirakam percakapan ialah setiausaha sulit wakil rakyat berkenaan, Jeremy Chuah.

Pada Sabtu, bekas menteri kabinet itu mendakwa dirinya menerima tawaran wang dan kedudukan sebagai menteri sebagai pertukaran menyokong pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tawaran itu dibuat melalui pesanan WhatsApp menerusi telefon Jeremy pada 6 Ogos lalu, antara lain menyebut ganjaran wang, kedudukan sebagai menteri, peruntukan penuh kepada konsituensi Ipoh Barat dan insentif-insentif lain.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu supaya tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis mengesahkan telah menerima satu laporan pada 7 Ogos lalu yang dibuat setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat berkaitan mesej disyaki berunsur rasuah melalui dua nombor telefon tidak dikenali.

Dakwaan ditawar sebagai Menteri, Kula dipanggil SPRM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker