Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul

Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul

West Midlands, England: Seorang ibu dan teman lelakinya dipenjara selepas membunuh anak perempuan berusia tiga tahun kerana tangisannya mengganggu mereka yang sedang berhubungan intim.

Nicola Priest, 23, dipenjara 15 tahun kerana mengakibatkan kematian Kaylee-Jayde Priest di kediaman mereka di Solihull tahun lalu.

Teman lelakinya, Callum Redfern, 22, pula dipenjara 14 tahun, selepas didapati bersalah atas dakwaan membunuh.

BBC melaporkan, Hakim Foxton QC berkata, Kaylee dibawa ke bilik untuk ditidurkan pada jam 7 malam dan pasangan berkenaan ke bilik Priest untuk melakukan hubungan intim.

“Namun, seperti kanak-kanak lain seusianya, Kaylee tidak mahu tidur dan mahu bermain,” katanya.

Katanya, tidak ada bukti jelas apa yang berlaku selepas itu, namun Kaylee didapati muntah tanpa henti, dan meninggal dunia pada malam berkenaan.

“Muntah itu berlaku akibat pukulan kuat. Tidak syak lagi, kamu terganggu dengan tangisan Kaylee yang mahu keluar, mengganggu kamu untuk melakukan hubungan intim.

“Kamu hilang pertimbangan dan menyebabkan Kaylee terkorban. Panggilan kecemasan sepatutnya boleh menyelamatkan nyawanya namun itu tidak berlaku,” katanya.

 

Priest (kiri) dan Redfern dipenjara selepas didapati bersalah membunuh Kaylee. - FOTO Agensi
Priest (kiri) dan Redfern dipenjara selepas didapati bersalah membunuh Kaylee. – FOTO Agensi

 

Mayat kanak-kanak itu dijumpai pada 9 Ogos tahun lalu, dengan kesan kecederaan serius pada dada dan abdomen.

Pakar berkata, kecederaan pada Kaylee menyerupai kesan akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan atau dilanggar kenderaan pada kelajuan 64 kilometer sejam.

Priest ada menghubungi talian 999 namun, ia hanya dilakukan selepas kanak-kanak itu meninggal dunia.

Pemeriksaan perubatan mendapati beberapa kecederaan lama pada Kaylee termasuk patah rusuk, keretakan pada kaki dan patah tulang dada.

Dalam kiriman pesanan teks yang dihantar sehari sebelum kejadian, Priest memberitahu Redfern: “Saya akan bunuh dia (Kaylee). Dia asyik tinggalkan ruang tamu dan pergi ke dapur. Saya pukul dia dan menamparnya kerana mengotorkan lampin.”-HM

Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]

6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker