Arwah Siti Sarah kejar amal kebajikan terakhir

Arwah Siti Sarah kejar amal kebajikan terakhir

Pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin mengejutkan ramai termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Muhammad Nadir Al-Nuri yang berada di Wilayah Gaza tersentak ketika membaca berita pemergian penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya baru dihubungi arwah Siti Sarah sebelum Aidiladha lalu untuk mengikuti program korban di Gaza.

“Masa itu, saya terkejut apabila arwah memaklumkan mahu korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit. Bukan satu bahagian, seolah-olah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebajikan terakhir,” katanya.

Tidak hanya itu, arwah dikatakan kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan umat Islam di Palestin.

“Rupanya Allah takdirkan, nyawa diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli nasib, malah sudah didoakan ratusan penduduk di Palestin yang merasa daging, tahun ini,” katanya.

Berkongsi menerusi laman sosial, Instagram (IG) dan Telegram, Nadir mendoakan ketenangan penyanyi lagu Semakin itu.

“Beruntunglah dikau, diberi syahid dunia sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-Fatihah,” tulisnya.

Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu di laman IG, pagi ini. BH

Arwah Siti Sarah kejar amal kebajikan terakhir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker