Ribuan penduduk pulau Evia berpindah akibat kebakaran

Ribuan penduduk pulau Evia berpindah akibat kebakaran

Ribuan penduduk meninggalkan kediaman mereka di pulau Evia, susulan kebakaran tidak terkawal yang memasuki hari keenam.

Kebakaran yang mengancam pinggir utara Athens dalam beberapa hari kebelakangan ini sedikit sebanyak telah terpadam.



Bagaimanapun kebakaran di Evia – sebuah pulau besar di sebelah timur ibu kota – merebak dengan pantas ke beberapa kawasan, memusnahkan ribuan hektar hutan serta memaksa pemindahan puluhan kampung.

Kebakaran di Greece meletus di banyak tempat di negara itu susulan gelombang haba paling teruk dalam lebih tiga dekad.

Di seluruh negara, tanah hutan terbakar dan puluhan rumah serta perniagaan musnah.

Greece telah mengerahkan tentera bagi membantu memadamkan kebakaran.



Bahkan beberapa negara termasuk Perancis, Mesir, Switzerland dan Sepanyol juga menghantar bantuan termasuk pesawat pemadam kebakaran.

Lebih daripada 570 anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di Evia, kata pihak berkuasa.

Pengawal pantai telah memindahkan lebih daripada 2,000 penduduk, termasuk warga tua dari pelbagai tempat di pulau itu sejak Selasa. – Agensi

Ribuan penduduk pulau Evia berpindah akibat kebakaran




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiga lagi kes positif direkodkan di Parlimen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker