Tauke mengaku ‘ke dalam’ untuk bantu siasatan

Sebaran :

Tauke mengaku ‘ke dalam’ untuk bantu siasatan. Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks baru-baru ini.

Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan kes berkenaan.

Namun, dia menafikan menjadi ‘bapa ayam’ atau mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telahpun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” jelas Tauke yang membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi pada Sabtu.

Sebelum ini, Tauke dikatakan terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdangangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.

Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks

Tauke mengaku ‘ke dalam’ untuk bantu siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tokyo 2020: SYABAS!! Azizulhasni Bawa Pulang Perak Untuk Malaysia [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply