Berbohong Itu Berdosa Cuma 3 Perkara Sahaja Dibenarkan Jika Hendak ‘Bohong Sunat’

Berbohong Itu Berdosa Cuma 3 Perkara Sahaja Dibenarkan Jika Hendak ‘Bohong Sunat’

PASTI ada di antara kita yang pernah melakukan perbuatan menipu tapi dengan tujuan baik yang dipanggil sebagai ‘tipu sunat’ atau ‘bohong sunat’ ketika berada dalam situasi tertentu.

Kebiasaannya perkara itu dilakukan kerana ingin melepaskan diri daripada sesuatu keadaan atau mengelakkan daripada berlakunya perbalahan.

Persoalannya, adakah perbuatan tipu sunat ini dibenarkan dalam Islam? Ini kerana berbohong atau menipu itu sendiri adalah dilarang dan agama mencegah kita daripada melakukannya.

Berbohong

Adakalanya seseorang terpaksa menipu kerana enggan menyebabkan sesuatu masalah bertambah besar.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, pada asasnya perbuatan menipu adalah berdosa.

Adapun, beberapa situasi sahaja yang dibolehkan untuk seseorang itu melakukan perbuatan tersebut, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Kalthum binti ‘Uqbah bin Abi Mu’aith (dia temasuk muhajirat yang pertama berbaiah dengan Nabi SAW) beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

(Maksudnya): “Tidak termasuk pendusta orang yang mendamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu berhasil dengan baik”.

Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta melainkan dalam 3 keadaan: Ketika dalam peperangan, dalam mendamaikan dua orang yang berselisih dan percakapan suami kepada isterinya dan percakapan isteri kepada suaminya.” – [Riwayat Muslim].

Top view of two business people talking. African American man and woman wearing formal wear discussing business questions. Business meeting concept (Top view of two business people talking. African American man and woman wearing formal wear discussing

Sebaik-baiknya elakkan menipu kerana ia berdosa besar.

Hadis itu kata Dr Anhar menjelaskan tiada perkara yang dibolehkan untuk berbohong, melainkan yang disebutkan dalam hadis tersebut sahaja.

Imam Nawawi katanya mengulas hadis ini dengan menyatakan dibolehkan berbohong sebagaimana maksud hadis di atas jika terdapat maslahah (kepentingan).

Jelasnya, adapun perkara yang berkaitan dengan aib, sebagai seorang Muslim sebaik-baiknya perkara ini hendaklah dielakkan dan tidak dideahkan kepada orang ramai.

Allah berfirman (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujuraat: 12)

Berbohong Itu Berdosa Cuma 3 Perkara Sahaja Dibenarkan Jika Hendak ‘Bohong Sunat’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]

6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker