TMJ titahkan bahawa Johor akan terima 2 juta vaksin bulan ini

Sebaran :

TMJ titahkan bahawa Johor akan terima 2 juta vaksin bulan ini. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah negeri Johor akan menerima dua juta bekalan dos vaksin pada bulan ini.

Tunku Ismail bertitah, perkara itu disahkan semasa pertemuan dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Royal Johor Polo Club di sini pada Ahad.

“Pertemuan ini mengenai kadar vaksinasi dan pembekalan vaksin di Johor dan hasil perbincangan ini, Johor akan menerima sebanyak dua juta dos vaksin untuk bulan ini.

“Dos vaksin ini tiba pada 1 Ogos berjumlah 324,940 dos, kemudian 9 Ogos (564,234 dos); 16 Ogos (340,150 dos) dan 23 Ogos (796,344 dos),” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi di sini pada Ahad.

Kenyataan Tunku Mahkota Johor itu turut dimuat naik dalam Facebook rasmi miliknya, HRH Crown Prince of Johor.

Hadir sama dalam pertemuan itu Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tunku Ismail juga sudah mengarahkan kerajaan negeri untuk membuka satu pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu khas di Arena Larkin di sini bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan dos vaksin mereka.

“Semoga pengumuman ini akan menghasilkan pencapaian imuniti kelompok dalam jangka masa yang terdekat,” titah Tunku Ismail.

Pada Rabu, Tunku Ismail meminta agar kadar vaksinasi di Johor di negeri ini dipertingkatkan sehingga 70,000 dos sehari berbanding 50,000 dos sehari ketika ini.

Sebelum itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri ini yang masih rendah.

TMJ titahkan bahawa Johor akan terima 2 juta vaksin bulan ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kegilaan tahap maksimum benarkan kuarantin di rumah


Sebaran :

Leave a Reply