Kekal bersama Muhyiddin, itulah pilihan GPS

Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekali lagi mengulangi pendirian menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat susulan perjumpaan Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama dengan Ahli-Ahli Parlimen GPS hari ini.

Beliau berkata, GPS juga menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pentadbiran kerajaan hari ini diteruskan sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan.

“GPS menyifatkan keputusan Perdana Menteri untuk mengusulkan undi percaya terhadap dirinya pada sidang Parlimen bulan depan sebagai satu tindakan berani dan bijak serta pendekatan terbaik berlandaskan perlembagaan.

“GPS menyifatkan tindakan mengheret rakyat dalam krisis politik dan cubaan menumbangkan kerajaan dalam keadaan rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19 hanya akan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Nanta berkata, keutamaan GPS ketika ini adalah rakyat dan menangani masalah pandemik, mempercepat proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negeri dan negara.

“GPS berharap semua pihak menghentikan dahulu politiking dan semua Ahli Parlimen boleh menentukan pendirian masing-masing sama ada mahu menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat bulan depan,”

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mengapa baru sekarang paksa UMNO buat pemilihan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker