Jajaran Baru: Izzah ingatkan PKR hanya pilih pemimpin yang ada nilai moral

Sebaran :

Jajaran Baru: Izzah ingatkan PKR hanya pilih pemimpin yang ada nilai moral. Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menerima realiti bahawa parti itu harus bergabung membentuk jajaran baharu bersama parti-parti selain koalisi Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, realiti itu harus diakui PKR kerana pada masa kini, tiada satu parti di negara ini yang mampu memegang tampuk pemerintahan dengan sendirinya.

Beliau turut membayangkan cadangan itu perlu dipenuhi PKR, sama ada sewaktu berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) atau membentuk kerajaan.

“Realitinya, PKR harus bergabung. Hal ini kerana tidak ada satu parti yang mampu memegang tampuk pemerintahan dengan sendirinya pada ketika ini,” katanya menerusi wawancara eksklusif bersama Sinar Premium pada Jumaat.

Pandangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu disuarakan beliau selepas pentas politik negara kembali dipanaskan dengan episod perebutan kuasa di antara blok kerajaan dan pembangkang, mengulangi drama ‘Langkah Sheraton’.

Terbaharu, UMNO melancarkan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa 38 ahli Parlimennya menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Ahmad Zahid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendedahkan beliau sudah mempersembahkan angka sokongan ahli Parlimen UMNO mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi memastikan Muhyiddin hilang majoriti.

Bagaimanapun, Muhyiddin atau lebih mesra dikenali ‘Abah’ menegaskan beliau masih memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen.

Beliau turut menerima perkenan Istana Negara untuk menentukan keabsahan sokongan majoriti daripada keseluruhan 220 ahli Parlimen terhadap beliau pada sidang Dewan Rakyat, bulan September ini.

Pengumuman Muhyiddin itu dikemudiannya dibalas semula oleh Ahmad Zahid yang mendakwa memiliki tambahan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri itu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya mencabar Abah untuk menyegerakan pelaksanaan sidang khas Parlimen pada minggu hadapan bagi menentukan keabsahan beliau.

Jajaran baharu UMNO-PH persetujuan bersama Anwar Zahid selamatkan negara

Terkini, sidang media Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pagi Jumaat mendedahkan 31 orang ahli Parlimen UMNO dan BN masih kekal bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai bentuk kerajaan yang akan disertai PKR kelak sekiranya kerajaan PN tumbang, Nurul Izzah berpandangan perkara paling penting perlu diteliti parti-parti dalam koalisi adalah aspek pemilihan kepimpinan terbaik daripada setiap parti.

Tambah beliau, semua parti dalam mana mana koalisi perlu berjiwa besar untuk mencalonkan pemimpin terbaik masing-masing, walaupun mereka tidak tergolong dalam kalangan pemimpin arus perdana.

“Yang penting adalah pemilihan pemimpin terbaik di setiap parti dan kita harus jelas garis batas nilai moral.

“Walaupun parti-parti itu tidak tergolong dalam kalangan pimpinan arus perdana,” katanya.

Di sebalik teka-teki jajaran baharu politik di antara PH dan UMNO bakal direalisasikan, Nurul Izzah menegaskan tumpuan beliau ketika ini adalah kepada projek-projek rintis parti di lapangan rakyat.

Jelas beliau, hakikatnya pemerintahan mana-mana kerajaan kelak akan diukur mengikut tahap kejayaan pelaksanaan di lapangan dengan agenda membina Malaysia yang kalis masa hadapan.

Ditanya sama ada beliau akan kembali menggalas jawatan penting dalam kerajaan sekiranya PKR menubuhkan kerajaan selepas PRU15 atau sebelum itu, Nurul Izzah menjelaskan beliau menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

Jelasnya, beliau lebih mahu menumpukan pelaksanaan kerja di lapangan sedaya mungkin dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menilai usaha berterusan diberikan.

“Terlalu ramai pemimpin yang membayangkan masa depan negara yang bukan kalis pandemik tetapi lebih kepada kalis kekalahan peribadi.

“Pada saya, Allah SWT akan menilai usaha berterusan yang kita berikan. Jadi kita harus pastikan dalam kapasiti apa pun, kita laksana sedaya mungkin,” katanya.

* Baca laporan penuh Wawancara Eksklusif Bersama, Nurul Izzah di website Sinar Premium pada Sabtu, 7 Ogos 2021.

Izzah kata PKR hanya pilih pemimpin ada nilai moral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertembungan ‘2 kem’ UMNO, kemana kesudahannya?

 


Sebaran :

Leave a Reply