Restoran Khas Untuk Semut Curi Perhatian Netizen [VIDEO]

Restoran Khas Untuk Semut Curi Perhatian Netizen

Seorang pemilik akaun di laman TikTok menarik perhatian umum apabila memuat naik rakaman video sebuah restoran semut yang dibina di atas sebuah kadbod, lapor Suara.com.



Menerusi akaun @antrestaurants, rakaman video memaparkan sekeping kadbod yang diletak di atas tanah tertera tulisan ‘Restoran Semut’ dan lapan jenis makanan yang biasa dikerumuni serangga itu.

Antara makanan yang diletak pada kadbod itu adalah keju, madu, sirap, coklat Nutella dan agar-agar manis.

“Ternyata menu paling popular di restoran ini adalah keju kerana ia paling banyak dikerumuni ‘pelanggan’.

“Makanan manis seperti madu dan Nutella seperti tidak mendapat sambutan hangat,” tulis keterangan video.

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress xY6NASrw]

Idea kreatif pemilik akaun itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pelbagai idea untuk pembukaan ‘cawangan’ baharu.

“Jangan lupa buka restoran untuk buaya ya. Nanti saya suruh bekas kekasih (buaya merujuk kaki perempuan) datang makan di situ,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi



Restoran Khas Untuk Semut Curi Perhatian Netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Escamol Menu Mewah Telur Semut



Resepi Kek Sarang Semut yang Legend



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker