Dakwaan Muhyiddin Terlalu Berat, Ada Unsur Penipuan Untuk Kekalkan Kuasa

Dakwaan Muhyiddin Terlalu Berat, Ada Unsur Penipuan Untuk Kekalkan Kuasa

Dalam perutusan khas Perdana Menteri semalam, Muhyiddin mendakwa menerima tekanan beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan tidak melayan tuntutan tersebut dan mengorbankan prinsip serta membelakangi sumpah jawatannya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur. Benarkah dakwaan ini memandangkan ianya satu tuduhan yang terlalu berat. Malah ianya dilihat mempunyai unsur penipuan dalam usaha untuk mengekalkan kuasa.



Memetik “Page Facebook” Datuk Seri Najib Tun Razak:-

Rupanya yang dikatakan saya mahu Muhyiddin campur tangan dalam perbicaraan saya ialah kononnya saya mahu hakim ditukar dalam kes rayuan SRC saya – bukan nak gugurkan kes atau apa.
Laa…. sembabnya dorang ini.

Sejak penubuhan kerajaan PN sampai sekarang, saya hanya pernah bertemu dengan Muhyiddin sekali sahaja pada akhir Disember 2020.

Sebelum itu tak pernah, selepas itu pun tak pernah.
Saya pergi jumpa dia pada bulan Disember sebab saya nak jelaskan isu pengeluaran wang KWSP dari akaun 1 yang banyak syarat masa itu.



Saya juga pernah buat posting masa itu untuk memaklumkan perkara ini di mana dia jawab bahawa skim yang diberi Menteri Kewangan dengan pelbagai kategori serta syarat “sudah elok”

Lalu kami menyentuh tentang perkembangan kes mahkamah saya dan saya tanya dia sama ada dia tahu hakim bagi perbicaraan kes SRC saya diganti dan ditukar selepas perbicaraan kes bermula.

Digantikan pula oleh seorang hakim baru dilantik setahun yang dipindah dari mahkamah sivil ke mahkamah jenayah.
Bermakna seorang hakim yang baru dilantik ke mahkamah sivil tanpa sebarang pengalaman atau kes jenayah, tiba-tiba mengganti hakim sedia ada untuk kes mahkamah paling high profile masa itu (semasa era kerajaan PH).
Masa saya tanya dia ialah bulan Disember 2020. Hakim tersebut sudahpun jatuhkan hukuman ke atas saya pada bulan Julai 2020.

(Nak tukar hakim selepas perbicaraan sudah berakhir dan keputusan hakim sudah buat ke?)



Saya tanya dia jika dia sedar atau tak mengenai perkara ini.

Saya tanya dia, negara mana yang kes paling high profile tiba-tiba ditukar hakim selepas perbicaraan kes sudah bermula dan diganti dengan seorang hakim baru dilantik setahun yang langsung tiada sebarang pengalaman kes jenayah dan hanya dipindah dari mahkamah sivil untuk ganti hakim kes saya.

Sedangkan kebiasaannya hakim yang lebih berpengalaman akan dipilih untuk kes profil paling tinggi – bukan hakim tiada pengalaman.

Muhyiddin jawab kononnya dia tak tahu perkara ini.



Lalu dia cakap pada saya bahawa BN perlu sokong dia sebab dia PM paling popular.

(selepas itu pula terkeluar buku Tommy Thomas yang kata dia amat gembira hakim kes saya sudah tukar dan hakim tersebut juga telah dipindah balik ke mahkamah sivil selepas perbicaraan kes saya selesai).

Kesemua ini sudahpun saya post beberapa kali dalam FB saya dan juga merupakan antara isu yang dihujah peguam saya dalam perbicaraan mahkamah rayuan pada bulan April 2021.

“6 April 2021: Rayuan Najib: Hakim Nazlan bertindak macam pendakwa raya kedua – Shafee”



 

https://www.astroawani.com/…/rayuan-najib-hakim-nazlan…

Lagipun, ianya juga mustahil untuk saya minta hakim mahkamah rayuan ditukar sebab 3 hakim bagi mahkamah rayuan hanya dipilih pada bulan April 2021 sedangkan saya hanya jumpa Muhyiddin pada bulan Disember 2020.

Tambahan pula, perhimpunan Agung UMNO sudahpun berlangsung pada bulan Mac 2021 dengan keputusan tarik diri dari kerajaan PN – iaitu juga sebelum pemilihan hakim mahkamah rayuan.



https://www.bharian.com.my/…/pau-2020-umno-muktamad…

Jadi, macam mana pulak saya minta tukar hakim sedangkan hakim belum dilantik dan UMNO sudah putuskan untuk tarik diri dari PPBM?

Penipu besar yang sebetulnya Muhyiddin dengan Wan Saiful Wan Jan ini.

Orang tanya dia jika dia sedar hakim saya sudah ditukar dan kenapa hakim saya ditukar, dia cerita pula saya minta tukar hakim.

Kalau mereka sanggup menipu YDP Agong, Rakyat, parlimen dan ada track rekod suka khianat, sudah tentu mereka akan tipu tentang perkara ini juga untuk digunakan sebagai alasan kenapa saya tak mahu sokong kerajaan gagal.

Lebih elok, korang lapor polis kata ada saya nak suruh Muhyiddin tukar hakim kes saya.

Nyatakan bila saya pernah minta Muhyiddin sedangkan sejak awal tahun saya dan UMNO tak lagi berhasrat bersama kerajaan yang berkali-kali gagal.

Posting Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful:

(Jika saya mahu kes saya digugurkan, saya akan minta hints dari Xavier, Azmin dan lain-lain. Nak gugur kes? Bodek. Bukan lawan)

  • facebook DSN

Rakyat dapat melihat bagaimana terdesaknya Muhyiddin mahu mengekalkan kuasa. Beliau dilihat sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat terus menjadi Perdana Menteri. Namun satu perkara yang gagal Muhyiddin sedar bahawa negara Malaysia perlukan Perdana Menteri yang mampu menjaga kebajikan rakyat dan memakmurkan negara dengan sangat ikhlas dan berwibawa. Yang pastinya, individu tersebut bukan Muhyiddin Yassin, bukan Anwar Ibrahim.
– Nurul Aisyah

Dakwaan Muhyiddin Terlalu Berat, Ada Unsur Penipuan Untuk Kekalkan Kuasa

Dakwaan Muhyiddin Terlalu Berat, Ada Unsur Penipuan Untuk Kekalkan Kuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker